Bila dan di manakah ACE Bootcamp Edisi Muzik Indie akan diadakan?
Tarikh : 29 – 30 Oktober 2019 (Selasa hingga Rabu)
Masa : 10:00 pagi – 4.00 petang
Tempat: The Bee, Publika Mall, 36, Block C, Level G2, 1, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur
Latar belakang
Para pemuzik indie, promoter, rakaman label, pengurus artis dan pekerja seni budaya giat dalam bidang muzik digalakkan untuk memohon kepada ACE Bootcamp Edisi Muzik Indie CENDANA yang bertujuan untuk menyokong dan mengharungi cita-cita para pemuzik indie dan pekerja seni muzik melalui kandungan yang disasarkan dan bimbingan dari pasukan pakar tempatan dalam bidang masing-masing.
ACE Bootcamp Edisi Muzik Indie ditujukan khas untuk sector Muzik Indie dan akan menyediakan ruang, sumber, masa dan kepakaran yang dapat menggalakkan cita-cita pemuzik indie dan pekerja seni muzik bagi mengembangkan idea-idea mereka ke dalam projek-projek yang nyata atau memberi platform yang lebih luas.
ACE Bootcamp Edisi Muzik Indie ini distruktur sebagai kursus pembangunan professional dua (2) hari yang dikendalikan melalui kuliah, bengkel (sesi interaktif), pembentangan, sesi membina rangkaian serta input mentor/ maklum balas sepanjang sesi aktiviti kumpulan.
Apakah Sokongan yang diberikan oleh CENDANA?
CENDANA memberikan sokongan yang berikut;
- Kos tenaga pengajar dan kursus pembangunan profesional dua (2) hari,
- Penginapan berkongsi (berkembar) akan disediakan hanya untuk peserta dari luar Lembah Klang,
- Sarapan dan makan tengah hari akan disediakan dalam tempoh masa kursus dua (2) hari,
- Kos penerbangan pergi balik (pemohon Sabah sahaja),
- Kos penerbangan pergi balik (pemohon Sarawak sahaja) akan ditanggung oleh Pusat Inovasi & Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).
Sila rujuk kepada Terma Rujukan untuk maklumat lanjut mengenai kelayakan dan cara memohon. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi
artedu.cendana@gmail.com* CENDANA berhak untuk menukar mana-mana terma dan syarat pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.