Program Perantisan Pengurus Seni (AMA) untuk Seni Persembahan 2023 ialah program perantisan enam (6) bulan untuk graduan kreatif; pengurus baharu dan pekerja seni budaya yang berminat untuk mendapatkan peluang latihan sambil bekerja dengan Pengurus Seni yang berpengalaman dalam pengurusan organisasi seni persembahan di Kuala Lumpur.
Program ini akan memberi manfaat kepada peserta melalui cara berikut :
- Elaun sebanyak seribu lapan ratus lima puluh ringgit (RM1850) sebulan akan disediakan untuk menampung perbelanjaan harian sepanjang tempoh program perantisan bermula dari 15 Jun 2023 hingga 15 Disember 2023;
- Anda akan mendapat latihan artistik serta teknikal dalam pengurusan seni daripada pakar yang berkaitan dalam Organisasi Seni yang akan terlbat sebagai Hos program ini. Para peserta belajar melalui pengalaman bekerja menerusi projek-projek kreatif mereka yang telah dirancang untuk tahun ini;
- Anda berpeluang untuk mengambil bahagian dalam proses pembentukan idea dan konseptualisasi projek-projek seni persembahan daripada penggiat seni kontemporari dan berpengalaman;
- Memahami faktor utama yang diperlukan untuk memulakan dan mengekalkan kerjaya seni yang berjaya dan mengembangkan portfolio anda untuk peluang kerjaya di masa hadapan dalam sektor tersebut; dan
- Peluang mewujudkan dan memupuk rangkaian kerjasama dan hubungan profesional yang lebih luas dalam ekosistem seni persembahan.
Sebanyak sepuluh orang (10) rakyat Malaysia yang berminat untuk bekerja dalam sektor seni persembahan akan dipilih untuk program ini. Individu yang mempunyai kemahiran komunikasi yang cemerlang, kemahiran pengurusan, mampu bekerja dalam pasukan dan komited untuk menjalankan program perantis selama enam (6) bulan adalah digalakkan
untuk memohon.
Sila rujuk Terma Rujukan untuk maklumat lanjut.
Untuk maklumat lanjut, sila kemukakan persoalan anda kepada
ID@mycreative.com.myAnda juga boleh memohon di pautan ini: