Golongan penulis ialah golongan yang penting bagi mana-mana negara dalam memangkin suara rakyat ; dan penulisan yang jujur dan ikhlas adalah yang dapat menarik minat orang ramai untuk membacanya.
Adakah anda berminat untuk mempelajari bagaimana untuk menterjemahkan pemikiran anda dalam bentuk penerbitan video atau artikel akhbar, majalah atau laman web? Dalam bengkel ini, anda akan mempelajari cara-cara meneliti dan memahami karya seni, bagaimana untuk menghasilkan apresiasi atau kritikan dalam bentuk penulisan atau persembahan video, dan bagaimana untuk memasarkan dan mempromosikan video atau hasil penulisan anda bagi tujuan penerbitan.
CENDANA dengan kerjasama Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) menggalakkan anda untuk meneroka dan mula menulis.
Mari sertai kami dalam Program Bengkel dan Bimbingan Penulisan Seni, sebuah inisiatif CENDANA dengan kerjasama Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Bengkel ini memberi tumpuan kepada penulis baharu, pengkritik muda, atau penulis profesional dalam bidang kesenian yang mahu menerokai dan mempertajam kemahiran mereka dalam bidang penulisan seni budaya, kritikan seni yang berkaitan dengan seni persembahan, seni visual, muzik, kraf dan sebagainya.
APA YANG DITAWARKAN DALAM PROGRAM INI?
- Bengkel professional dalam bidang penulisan seni selama tiga (3) hari;
- Bantuan bimbingan sepanjang kedua-dua fasa program;
- Bayaran mengikut harga pasaran untuk setiap artikel/video yang diterbitkan sepanjang program Fasa 2 (terhad kepada peserta terpilih sahaja) di laman web CENDANA.
Program Bengkel dan Bimbingan Penulisan Seni dirangka dalam dua (2) fasa program pembangunan professional seperti format berikut:
Fasa 1 (18 – 20 Sept 2020) Bengkel Penulisan Seni
Masa: 10 pagi – 5 petang setiap hari
Tempat: Panggung Eksperimen, ASWARA
464, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur, 50480 Kuala Lumpur
Fasilitator-fasilitator dan sesi bengkel adalah seperti berikut: