• Permohonan Dibuka
    18 Ogos 2020
    Permohonan Tamat
    17 September 2020
    Makluman kepada Pemohon
    16 Oktober 2020
    Projek Akan Bermula
    Mulai November 2020

    Pemuzik independen, penggiat seni dan budaya Malaysia yang berkaitan pembangunan muzik independen Malaysia digalakkan untuk memohon Program Pembiayaan Muzik Independen yang bertujuan untuk menyokong penciptaan karya muzik baru, penyelidikan, perkembangan profesional, program jangkauan awam dan mempromosikan muzik Malaysia menerusi acara persembahan, siri jelajah dan kandungan digital.

    Program ini bertujuan untuk memberi bantuan pembiayaan kepada pemuzik independen Malaysia sebagai sebuah program pembangunan sebahagian daripada tonggak strategik CENDANA iaitu 'Meningkatkan Kesenian' dan 'Memperkasa Komuniti.'

    NILAI GERAN

    Program Pembiayaan Muzik Independen bertujuan untuk membolehkan pemuzik Malaysia membiayai projek dan aktiviti seperti:

    • Pembangunan dan penciptaan karya baru atau adaptasi1 karya (rakaman single, EP, album dll);
    • Kajian;
    • Produksi, persembahan dan pertunjukan (keutamaan di dalam Malaysia sahaja);
    • Persembahan dan siri jelajah muzik atas jemputan tempatan atau antarabangsa;
    • Menghadiri bengkel dan klinik muzik; tempatan atau antarabangsa;
    • Menganjurkan bengkel dan klinik muzik tempatan; dan
    • Penciptaan kandungan digital seperti video muzik dan video persembahan secara langsung dll.

    Jumlah sehingga RM 30,000 bagi setiap permohonan untuk setiap tahun kalendar kepada pemohon yang berjaya yang terlibat secara aktif dalam sektor muzik independen Malaysia sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.

    Istilah 'Independen' di sini merujuk kepada pemuzik yang bukan di bawah naungan sebarang label komersial, syarikat atau anak syarikat berkaitan.

    SOKONGAN CENDANA

    Program Pembiayaan Muzik Independen bertujuan untuk memperluaskan jumlah karya dan inisiatif muzik Malaysia yang berkualiti tinggi dimana dapat diakses oleh orang ramai dengan dengan menyokong perbelanjaan secara langsung projek yang dicadangkan, yang merangkumi produksi, persembahan dan promosi.

    Kami menyokong pelbagai jenis dan genre muzik yang merangkumi tetapi tidak terhad kepada:

    • Klasik
    • Jazz
    • Muzik Dunia
    • Muzik Tradisional
    • Muzik Popular Kontemporari
    • Indie dan Alternatif
    • Rock (termasuk Blues, Modern, Post Rock dll)
    • Urban (termasuk Hip Hop, Rap etc)
    • Metal dan Punk
    • Electronika

    Program pembiayaan CENDANA diperkenalkan untuk menyediakan bantuan dana dalam bentuk geran bersyarat kepada individu, syarikat atau persatuan yang berdaftar dan didaftarkan di Malaysia.

    Program pembiayaan ini dilakukan melalui satu proses penilaian yang sangat kompetitif oleh Panel Penasihat Industri dan Pengurusan berdasarkan kriteria yang ditetapkan dan kekuatan bahan-bahan sokongan yang relevan yang diserahkan semasa permohonan.

    Sila e-mel pertanyaan anda ke grants@cendana.com.my untuk mengetahui sama ada projek anda boleh disokong di bawah skim ini.

  • Open for Application
    18 August 2020
    Application Due Date
    17 September 2020
    Applicants Notified By
    16 October 2020
    Project to Start
    November 2020 Onwards

    Malaysian independent musicians, artists and cultural workers involved in the independent music scene are encouraged to apply to the Independent Music Funding Programme that aims to support the creation of new musical works, research, professional development, public outreach and the promotion of Malaysian music via live showcases, tours and digital content.

    The programme aims to provide funding assistance to Malaysian independent musicians as part of CENDANA’s ‘Energising the Arts’ and ‘Empowering the Communities’ strategic pillars.

    GRANT VALUE

    The Independent Music Funding Programme supports:
    • Development and creation of new original or adapted works1 (recordings, singles, EPs, album etc);
    • Research;
    • Production, performances and showcases (priority within Malaysia);
    • Music performance tours and invitations to perform locally and internationally;
    • Attending music workshops and clinics locally and internationally;
    • Organising music workshops and clinics locally; and
    • Creation of digital content (music videos, live performance videos etc).

    Up to total of RM 30,000 per application to successful applicants who are actively engaged in the Malaysian independent music sector with a minimum of three (3) years of track record.

    The term ‘Independent’ here refers to music acts who are not signed or managed by any major commercial labels, corporations or their subsidiaries.

    WHAT WE SUPPORT

    The Independent Music Funding Programme seeks to expand the number of high-quality Malaysian music works and initiatives accessible to the public by directly supporting the direct expenses of the proposed project, which includes the production, presentation and promotion of it.

    We support a range of musical types and genres which include but are not limited to:

    • Classical
    • Jazz
    • World Music
    • Traditional Music
    • Contemporary Popular Music
    • Indie and Alternative
    • Rock (including Blues, Modern, Post Rock etc)
    • Urban (including Hip Hop, Rap etc)
    • Metal and Punk
    • Electronica

    CENDANA’s funding programmes are introduced to provide financial assistance in the form of a conditional grant to individual(s), duly incorporated and registered companies, associations or societies in Malaysia.

    The funding support is conducted through a highly competitive evaluation process by the Industry Advisory Panel and the Management against stipulated criteria and strength of relevant supporting materials provided during the application.

    Please email your enquiries to grants@cendana.com.my to find out if your projects can be supported under this scheme.

Copyright © 2023 Cultural Economy Development Agency (CENDANA) | Terms of Service
Ooops!
Generic Popup