• Permohonan Dibuka
    8 April 2021
    Permohonan Tamat
    20 Mei 2021
    Notis Pada Pemohon
    Mei – Jun 2021
    Sesi Taklimat Surat Perjanjian
    5 Julai 2021
    Program Bermula
    Ogos 2021 dan seterusnya

    Program Adiguru CENDANA bertujuan untuk menunjang perkembangan dan memastikan kesinambungan bentuk-bentuk kesenian tradisional Malaysia, serta melahirkan kesedaran dan menggalakkan pemindahan pengetahuan dan kerja-kerja pendokumentasian.

    NILAI GERAN
    Program Pembiayaan Seni Persembahan menyediakan pembiayaan sehingga RM30,000 bagi setiap permohonan untuk tempoh masa dua belas (12) bulan untuk membangunkan program-program atau menambahbaik infrastruktur berkaitan dengan bentuk kesenian masing-masing.

    KRITERIA PROGRAM
    Program Adiguru CENDANA merupakan sebuah program kesenian masyarakat yang bermatlamat untuk:

    • Menghargai individu atau kumpulan atas kepakaran (amalan-amalan dan ungkapan-ungkapan yang diperturunkan dari generasi ke generasi, serta pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan yang dianggap oleh masyarakat tempatan sebagai sebahagian daripada bentuk-bentuk kesenian tradisional mereka) dan pencapaian seumur hidup dalam memupuk kecemerlangan, daya tahan dan perkembangan kesenian tradisional Malaysia dalam masyarakat mereka;
    • Memperkuat usaha-usaha para adiguru kesenian tradisional dalam memastikan kelestarian amalan seni mereka dalam masyarakat;
    • Menyokong para adiguru kesenian tradisional dalam mengajar seni mereka kepada golongan muda setempat;
    • Membolehkan para adiguru untuk menyelenggara/ menambahbaik infrastruktur (contoh: panggung awam) atau menambahbaik kelengkapan lain (contoh: persalinan, alat muzik) bagi kesenian tradisional dalam masyarakat setempat;
    • Membantu dalam meningkatkan penonjolan diri para adiguru kesenian tradisional bagi menggalakkan lagi penghargaan dan pemahaman;
    • Memudahkan jalinan dan perkongsian antara para adiguru, masyarakat mereka, dan pembangunan koridor ekonomi wilayah, mempromosikan bentuk-bentuk kesenian mereka kepada masyarakat yang lebih luas dan menyumbang kepada kelestarian dan daya maju amalan kesenian mereka.

    JENIS KESENIAN TRADISIONAL

    PERMOHONAN DAN PENCALONAN
    Kesemua permohonan yang diterima akan melalui satu proses penilaian yang kompetitif oleh Jawatankuasa Penilaian CENDANA dan/atau Panel Penasihat Industri dan diluluskan oleh Pihak Pengurusan tertakluk kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan, kekuatan permohonan dan dokumen-dokumen sokongan yang disertakan semasa permohonan.

    Sekiranya terdapat sebarang persoalan atau ingin mengetahui berkenaan program ini dengan lebih lanjut, boleh hantarkan emel kepada grants@cendana.com.my

  • Call for Application
    8 April 2021
    Application Deadline
    20 May 2021
    Evaluation & Shortlisting
    May – June 2021
    Applicants Notified By
    5 July 2021
    Initiatives to start
    August 2021
    onwards

    The Adiguru CENDANA Programme is designed to sustain the development and ensure continuity of traditional art forms of Malaysia, heighten awareness, encourage transfer of knowledge and documentation work, as well as create partnerships with the selected masters.

    GRANT VALUE
    The Programme provides funding up to RM30,000 per application over the period of twelve (12) months to develop programmes or improve necessary infrastructure vital to the practice of the artform.

    PROGRAMME CRITERIA
    The Adiguru CENDANA Programme is a community arts programme that aims to:

    • Honour an individual or group for mastery (of practices and expressions that are transmitted from generation to generation, as well as the knowledge, skills and values associated that the local communities recognise as part of their traditional arts forms) or championing a mastery that nurtures the artistic excellence, vitality, and development of Malaysian traditional arts in their local community;
    • Amplify the efforts of masters or those who champion traditional arts to sustain the practice of their art in their local communities;
    • Support masters or those who champion traditional arts to teach their art to youth in their local communities;
    • Enable masters or those who champion traditional arts to maintain/ improve infrastructure (example: community stage) or improve other material support (example: costumes, instruments) for traditional arts in local communities;
    • Help enhance the public profiles of masters or those who champion traditional arts to garner wider appreciation and understanding;
    • Facilitate connections and partnerships between masters or those who champion traditional arts, their local communities, and regional economic corridor development, to promote their art forms to a larger network and audience and contribute to the sustainability and viability of their practice.

    TYPES OF TRADITIONAL ARTS

    APPLICATION AND NOMINATION

    Funding support is done through a highly competitive evaluation process by CENDANA’s Evaluation Committee and/or Industry Advisory Panel and approved by the Management subject to the criteria listed, the strength of the application and related documents submitted during the application.

    If you have any questions, or want to ask more about this program, please send an email to grants@cendana.com.my

Copyright © 2023 Cultural Economy Development Agency (CENDANA) | Terms of Service
Ooops!
Generic Popup