Program Komisen Seni Awam Art in the City adalah sebuah inisiatif untuk menjadikan seni sebagai sebahagian daripada kawasan bandar kita dan mendekatkan seni dengan rakyat Malaysia. Tujuan ini boleh dicapai dengan mengkomisenkan para seniman Malaysia untuk membuat program seni masyarakat yang unik dengan menampilkan seni dengan penglibatan awam di lokasi terpilih/ yang dicadangkan. Lokasi tersebut adalah ruang untuk orang ramai tinggal, bekerja dan bermain.
Program ini akan memberi peluang kepada seniman, kolektif dan organisasi individu Malaysia, selain kumpulan seni masyarakat di seluruh negara untuk memupuk semangat di bandar mereka dengan menganjurkan program seni atau perkhidmatan terhadap sektor seni yang lestari melalui penciptaan dan persembahan aktiviti dan inisiatif seni untuk diadakan di tempat-tempat awam di Malaysia.
Projek yang dicadangkan mestilah (jika berkenaan):
- Boleh dilihat dengan jelas;
- Mudah diakses oleh orang awam;
- Menawarkan faedah pembangunan yang signifikan terhadap para seniman Malaysia dan membawa seni berkualiti tinggi kepada khalayak umum;
- Sekiranya berkenaan, disokong dengan rancangan pemasaran dan promosi;
- Menyokong pembangunan sektor seni Malaysia melalui projek atau persembahan yang menjangkau pelbagai jenis disiplin seni; dan
- Bersesuaian untuk khalayak ramai dari segi aktiviti dan interaksi.Projek-projek yang dicadangkan boleh dilaksanakan dengan kerjasama pemilik lokasi, agensi awam atau majlis perbandaran tempatan.
Projek-projek yang dicadangkan boleh dilaksanakan dengan kerjasama pemilik lokasi, agensi awam atau majlis perbandaran tempatan.
CENDANA akan menyokong perbelanjaan langsung untuk anda membuat dan mengatur inisiatif seni awam seperti