Program Pembiayaan Seni Persembahan bertujuan untuk mempromosi kreativiti dan cerita-cerita Malaysia, menggalakkan dialog yang memupuk rasa saling menghormati terhadap kepercayaan dan nilai orang ramai yang pelbagai, memperkaya nilai kemanusian kita dengan memperluaskan pemahaman diri kita sebagai individu dan sebagai sebuah masyarakat dan banyak lagi.
NILAI GERAN
Program Pembiayaan Seni Persembahan menyediakan pembiayaan sehingga RM30,000 bagi setiap permohonan untuk menyokong penganjuran serta pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang mungkin merangkumi salah satu atau mana-mana kriteria yang disenaraikan di bawah bermula dari tempoh bulan Ogos 2021 dan seterusnya.
KRITERIA PROGRAM
Program bertujuan menyokong pembangunan sektor seni persembahan melalui inisiatif seperti:
- Penyelidikan, pengembangan dan penciptaan karya (dengan tujuan ataupun perancangan yang akan dijadikan pameran atau persembahan digital);
- Produksi dan persembahan (pertunjukan, produksi, konsert dan persembahan dalam ruang <500 orang atau di ruang awam);
- Program jangkauan seni (usaha kolaborasi antara sektor yang menyokong dan melengkapkan sektor seni seperti bengkel terapi seni, program untuk pelbagai demografi dan banyak lagi);
- Pengembangan kemahiran dan profesional (menghadiri dan/ atau menganjurkan bengkel, program residensi, latihan, persidangan, forum industri serta acara rangkaian dan banyak lagi).
PERMOHONAN