Permohonan daripada galeri seni komersil boleh juga dipertimbangkan tatkala pandemik ini.
NILAI GERAN
Program Pembiayaan Pameran Seni Visual menyokong perbelanjaan langsung untuk anda menghasilkan dan mengatur aktiviti yang dinyatakan di atas (dari RM5,000 hingga RM30,000 setiap permohonan berdasarkan pengiraan yang wajar dan realistik dari jumlah kos kelayakan), dari bulan Julai 2021 hingga Jun 2022.
Program pembiayaan CENDANA ini diperkenalkan untuk menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk dana bersyarat kepada individu, syarikat, persatuan atau pertubuhan yang diperbadankan dan berdaftar di Malaysia.
Sokongan pembiayaan dilakukan melalui satu proses penilaian yang sangat bersaing tinggi oleh Panel Penasihat Industri dan Pihak Pengurusan yang tertakluk kepada kriteria-kriteria yang tertera, dan kekukuhan kertas kerja and dokumen yang berkaitan yang dikemukakan semasa permohonan.
Jika terdapat sebarang pertanyaan sila emel kepada
grants@cendana.com.my untuk keterangan lebih lanjut sama ada projek anda layak dibiayai di bawah program ini.