Artist seni persembahan, artist visual dan ahli muzik independent berkerakyatan Malaysia digalakkan memohon Program Pembiayaan Mobiliti yang bertujuan untuk menyokong usaha kembara kecil-sederhana yang memfokuskan penglibatan di platform yang mampu meningkatkan akses kesenian yang tinggi di dalam dan di luar negara.Walau bagaimanapun, keutamaan akan diberi kepada pemohon yang menghadiri atau mengambil bahagian dalam platform, projek atau aktiviti tempatan.
Program ini bertujuan untuk memberi bantuan pembiayaan kepada artist Malaysia dan tenaga kerja kebudayaan untuk program pembangunan sebagai salah satu tiang strategik CENDANA iaitu ‘ Memperkasakan Komuniti’.
NILAI GERAN
Program Pembiayaan Mobiliti membiayai:
- pengangkutan udara pergi-balik, elaun harian, dan meliputi kargo peralatan kembara.
- yuran pendaftaran program kemahiran atau pameran
Sehingga berjumlah RM25,000 satu permohonan setahun untuk pemohon yang berjaya yang mempunyai latar belakang aktif dalam sektor seni budaya di Malaysia dengan rekod prestasi minima tiga (3) tahun.
SOKONGAN CENDANA
Program ini bertujuan untuk memperluaskan jangkauan kerja yang berkualiti tinggi dengan memperluaskan rangkaian ruang persembahan, pembangunan rangkaian kembara formal atau tidak formal, serta menjalin hubungan yang lebih kukuh antara artis, penonton, produser, tempat-tempat dan promoter.
Program Pembiayaan Mobiliti bertujuan untuk membiayai artis atau pekerja seni serta pelbagai pengamal dan organisasi seni budaya untuk menghadiri atau mengambil bahagian dalam platform, projek atau aktiviti seperti:
- Biennale/ Triennale/ Pameran
- Festival/ Pameran/ Kembara
- Residensi
- Pameran Perdagangan
- Bengkel/ Persidangan/ Forum
Program Pembiyaan CENDANA ini diperkenalkan untuk menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk geran bersyarat kepada individu, syarikat diperbadankan dan didaftarkan, persatuan atau pertubuhan di Malaysia.
Sokongan pembiayaan dilakukan melalui proses penilaian yang amat kompetitif oleh Panel Penasihat Industri dan Pihak Pengurusan yang tertakluk kepada kriteria-kriteria yang tertera, dan kekukuhan kertas kerje and dokumen yang berkaitan dikemukakan semasa permohonan
Sekiranya anda berminat untuk menghadiri program pembangunan profesional di dalam Malaysia, anda digalakkan untuk membuat permohonan melalui Program Pembiayaan Pembangunan Kapasiti CENDANA.
Jika terdapat sebarang pertanyaan sila emel kepada
info@cendana.com.my untuk keterangan lebih lanjut jika projek anda layak dibiayai di bawah skim ini.