Program Pembiayaan Produksi Seni Visual CENDANA ("Program") bertujuan untuk mempromosikan kreativiti dan naratif Malaysia melalui sokongan eksplorasi artistik dan penciptaan karya baru atau kesinambungan projek yang sedia ada yang mungkin merangkumi lukisan, seni arca, fotografi, seni pemasangan, seni audio-video dan karya multimedia. Ini bertujuan untuk mendorong kesinambungan kepada praktik studio seni untuk para pengamal dalam bidang seni visual.
Program ini terutamanya menyokong dan mendorong:
- Penghasilan karya seni (mis. siri lukisan / seni arca atau pemasangan);
- Fasa penyelidikan dan pengembangan (mis. penyelidikan yang luas mengenai subjek untuk pelaksanaan karya seni yang merangkumi penyelidikan dengan pihak lain yang berkaitan dengan seni visual, pengembangan dan eksperimen bahan, kerja lapangan untuk pengumpulan data)
Karya seni yang disiapkan oleh penerima yang berjaya mungkin berpeluang untuk:
- dipilih untuk pameran yang dianjurkan oleh CENDANA pada suku pertama tahun 2022 (tertakluk kepada pemilihan oleh jawatankuasa kuratorial); dan/ atau
- diketengahkan dalam laman sesawang Bandar Aktiviti Seni Kuala Lumpur1 (www.baskl.com.my) sebagai sebahagian daripada direktori dalam talian yang menampilkan profil artis visual, maklumat hubungan dan gambar karya seni yang dihasilkan daripada Program Pembiayaan ini.
NILAI GERAN
Program ini menyokong:
- pembiayaan sehingga RM8,000 bagi setiap permohonan untuk menyokong penghasilan dan penyelidikan karya seni bermula dari bulan November 2021 dan perlu siap pada bulan Februari 2022; dan
- program peningkatan kemahiran iaitu Program Masterclass Membina Profil Artis untuk setiap pemohon yang berjaya bagi membina portfolio mereka, menerima maklum balas.
Program pembiayaan CENDANA ini diperkenalkan untuk menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk dana bersyarat kepada individu, syarikat, persatuan atau pertubuhan yang diperbadankan dan berdaftar di Malaysia.
Sokongan pembiayaan dilakukan melalui satu proses penilaian yang sangat bersaing tinggi oleh Panel Penasihat Industri/ Jawatan Penilaian dan Pihak Pengurusan CENDANA yang tertakluk kepada kriteria-kriteria yang tertera, dan kekukuhan kertas kerja dan dokumen yang berkaitan yang dikemukakan semasa permohonan.
Jika terdapat sebarang pertanyaan sila e-mel kepada
grants@cendana.com.my untuk keterangan lebih lanjut sama ada projek anda layak dibiayai di bawah program ini.