Apakah Program Pembiayaan Organisasi Seni?
Program Pembiayaan Organisasi Seni adalah program pembiayaan selama dua belas (12) bulan yang diperkenalkan untuk menyokong pengembangan dan pembangunan organisasi, persatuan dan/ atau pertubuhan seni berdaftar yang terlibat secara aktif dalam sektor seni persembahan, seni visual dan muzik bebas yang mempunyai sejarah minimum tiga (3) tahun. Sebagai sesi perintis yang akan dilancarkan, program pembiayaan hanya dibuka kepada organisasi seni yang berpusat di Lembah Klang sahaja.
Bagi kitaran sulung, CENDANA memberi keutamaan kepada organisasi-organisasi yang memberi tumpuan kepada Pengkarya Seni, program yang Merapatkan jurang Seni dan Perantara Seni, untuk meningkatkan kualiti kerja seni dan kreatif tempatan, mengembangkan asas penonton seni dan pertunjukan budaya, serta meningkatkan profesionalisme sektor seni dan budaya Malaysia.
Pembiayaan Organisasi Seni adalah sebahagian daripada strategi CENDANA ‘Menyemarak Komuniti’.
Apakah Nilai Dana Program Pembiayaan Organisasi Seni?
Program Pembiayaan Organisasi Seni menyediakan pembiayaan sehingga RM150,000 setiap permohonan (berdasarkan anggaran yang munasabah dan realistik daripada jumlah kos yang layak) untuk organisasi yang memberi tumpuan kepada Pengkarya Seni, program yang Merapatkan jurang Seni dan Perantara Seni.
Apakah Yang Kami Menyokong?
Program Pembiayaan Organisasi Seni diperkenalkan untuk menyokong pembangunan organisasi seni dan membolehkan pelbagai program aktiviti yang mungkin termasuk:
- Kos pembangunan organisasi;
- Inisiatif pembangunan pasaran;
- Sokongan pentadbiran untuk aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan khalayak dan / atau penglibatan komuniti;
- Pemasaran dan promosi untuk program kesenian dan / atau masyarakat yang boleh diakses secara umum;
- Kos kuratorial, pengaturcaraan dan / atau produksi untuk program yang terbuka kepada orang ramai termasuk tetapi tidak terhad kepada pameran seni visual, persembahan, festival, persidangan, dan bengkel;
- Program pembangunan untuk artis baru;
- Latihan pengurusan kesenian dan / atau pembangunan kemahiran profesional untuk kakitangan; dan
- Penyelidikan mengenai topik berkaitan seni.
Permohonan akan dinilai dan diluluskan oleh Panel Penasihat Industri CENDANA melalui proses penilaian yang berdaya saing. Permohonan akan dinilai berdasarkan kriteria yang ditetapkan serta kertas cadangan dan dokumen sokongan yang dikemukakan.