Program Pembiayaan Pameran Seni Visual CENDANA ("Program") menggalakkan pengembangan sektor seni visual melalui inisiatif yang menyokong penghasilan pameran seni; residensi; penerbitan risalah, majalah atau katalog; komisen seni; atau persembahan inovatif melalui penggunaan teknologi yang berkaitan kepada ekspresi kontemporari penyelidikan seni visual Malaysia, rangkaian, fasilitasi projek seni, peningkatan kemahiran, serta mobiliti dan promosi karya buatan Malaysia.
Program ini menyokong:
- Penyelidikan, pengembangan dan penciptaan karya yang mendorong dan menyokong proses penciptaan ekspresi kontemporari seni visual Malaysia;
- Pengeluaran, persembahan dan pameran karya yang mendorong dan menyokong proses penghasilan pameran yang mempamerkan ekspresi kontemporari seni visual Malaysia;
- Program jangkauan seni (usaha kolaborasi lintas sektor yang menyokong dan melengkapkan sektor seni seperti bengkel terapi seni, program untuk jangkauan demografi dan banyak lagi);
- Pengembangan kemahiran dan profesional (menghadiri dan / atau menganjurkan bengkel, residensi, latihan, persidangan, pemasaran seni visual dan rangkaian dan banyak lagi).
Seniman visual Malaysia, pekerja budaya, pengurus, kurator seni bebas, kolektif seni dan penganjur yang aktif terlibat dalam sektor seni visual Malaysia; dan ruang seni bebas, alternatif dan eksperimen Malaysia, ruang yang dikendalikan oleh seniman
1, galeri seni dan penggiat budaya kejiranan
2 di luar kerangka muzium tradisional digalakkan untuk memohon.
NILAI GERAN
Program Pembiayaan Pameran Seni Visual menyokong perbelanjaan langsung untuk anda mencipta; mengatur pameran seni; residensi; penerbitan risalah, majalah atau katalog; komisen seni atau persembahan inovatif melalui penggunaan teknologi yang berkaitan dengan ekspresi kontemporari penyelidikan seni visual Malaysia, rangkaian, fasilitasi projek seni, peningkatan kemahiran serta mobiliti dan promosi karya buatan Malaysia (hingga sejumlah RM30,000 setiap permohonan berdasarkan pengiraan yang wajar dan realistik dari jumlah kos kelayakan), yang merangkumi salah satu dari tujuan dan kriteria projek di bawah dari pertengahan Oktober 2020 hingga pertengahan September 2021.
SOKONGAN CENDANA
Program Pembiayaan Pameran Seni Visual menyokong satu projek bagi setiap pemohon dan terutamanya menyokong aktiviti dengan fokus terhadap seni visual dan hanya akan dijalankan di Malaysia seperti di bawah:
- Pameran seni
- Residensi
- Penerbitan risalah, majalah atau katalog
- Komisen seni
- Persembahan inovatif melalui penggunaan teknologi
Aktiviti boleh diadakan di:
- Ruang seni bebas, alternatif dan eksperimen; ruang yang dikendalikan oleh seniman;
- Galeri seni;
- Ruang awam; atau
- Platform digital.
Program pembiayaan CENDANA ini diperkenalkan untuk menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk dana bersyarat kepada individu, syarikat, persatuan atau pertubuhan yang diperbadankan dan berdaftar di Malaysia.
Sokongan pembiayaan dilakukan melalui satu proses penilaian yang sangat bersaing tinggi oleh Panel Penasihat Industri dan Pihak Pengurusan yang tertakluk kepada kriteria-kriteria yang tertera, dan kekukuhan kertas kerja and dokumen yang berkaitan yang dikemukakan semasa permohonan.
Jika terdapat sebarang pertanyaan sila emel kepada
grants@cendana.com.my untuk keterangan lebih lanjut sama ada projek anda layak dibiayai di bawah program ini.