Jadi, sekarang semua orang nak menjadi pelawak ke?

Oleh JOANNE KAM

Jadi, adakah anda merasakan anda seorang yang lawak? Jika anda sudah membuat meja mamak anda tertawa besar setiap kali anda memberi reaksi muka atau memberi jawapan pantas seperti Billy Porter dalam drama bersiri Amerika POSE - adakah ini bermakna anda mampu membuat orang ramai ketawa?

Komedi telah memikat hati masyarakat melebihi mana-mana bentuk seni yang lain sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Komedi telah menjadi satu karya penting yang dipertandingkan dalam acara seperti “Short & Sweet” yang dibawakan oleh Kuala Lumpur Performing Arts Centre, KLPAC. Pelawak tempatan yang telah membina nama mereka seperti anak jati Johor Ronnie Chieng yang berlakon dalam filem adiwira Shang-Chi dan Legend of the Ten Rings dan Nigel Ng dengan watak popularnya “Uncle Roger”, adakah anda pelawak superstar Malaysia yang seterusnya?

Jika anda jenis yang ingin mendapat tumpuan tanpa tapisan yang perlu berkongsi bersama pelakon atau komuniti yang lain, mungkin komedi stand up adalah jalan terbaik untuk anda tonjolkan diri. Bolehkah gelak tawa membuatkan anda terkenal? Ya, namun hati-hati…

Kerana, komedi bukan sekadar gelak ketawa.
Walaupun anda tidak nampak, sebenarnya terdapat juga banyak air mata dalam dunia komedi. Ia terselit di antara saat-saat lawak yang tidak menjadi dan apabila orang ramai membuat tanggapan negatif terhadap anda. Belum lagi kita sebut ibu bapa konservatif yang memandang serong terhadap pemilihan kerjaya anda ini.

Kehidupan komedi seperti mana yang saya ingin terjemahkan, adalah seperti menonton kematian anda dengan cara seksaan yang senyap. Di mana ruang itu terlampau sunyi dan degupan jantung anda sendiri boleh didengari.

Namun disebalik itu, keseronokan komedi dan kebahagiaan yang ia bawa memang membuatkan kita ketagih. Saat anda berjaya membuat punch line dan penonton ketawa, di saat itulah fikiran anda hanya akan tertumpu kepada diri sendiri, mikrofon dan kuasa yang anda miliki ke atas penonton anda.

Walaupun dianggap subjektif, komedi stand up merupakan sebuah kraf. Saya telah lama menggalakkan pelakon, terutamanya pelakon teater untuk mencuba komedi. Apabila saya kata pelakon, ini bukan pelakon video TIK TOK yang viral ya adik-adik. Maksud saya adalah, pelakon yang memang menceburi dan mengambil kelas serta latihan untuk berlakon.

Mereka yang mempunyai latar belakang lakonan lebih mudah beralih ke komedi stand up. Terdapat bakat tersendiri dalam menyampaikan bahan lawak mereka. Anda mungkin terkejut jika teknik lakonan itu membantu dalam rutin lawak yang disampaikan. Sebagai contoh, raut wajah apabila anda menggunakan kemahiran lakonan yang ada dalam melakonkan satu babak perbualan yang lawak

Terdapat pelbagai jenis komedi yang boleh anda cuba. Sebagai contoh Hannan Azlan seorang gadis yang bukan sahaja telah memukau KL, malah juga di Melbourne. Hannan juga telah memenangi Hong Kong International Comedy Festival menggunakan ukulele dan lagunya yang penuh dengan lawak jenaka (ada ke orang yang lain seperti ini?)

Shamaine Othman dan Sharul Channa daripada Singapura pun bermula daripada teater. Asalnya, mereka berdua adalah penari dan pelakon. Namun kini mereka merupakan wanita hebat dalam perjalanan kerjaya hiburan mereka sendiri. Di masa yang akan datang, saya berharap untuk lebih ramai lelaki dan wanita lain yang akan turut menceburi bidang ini.


Jika difikirkan, saya percaya dunia komedi di Malaysia sedang giat berkembang. Industri hiburan berada dalam suatu fasa yang cukup menarik, di mana hampir semua orang ingin mencuba komedi stand up. Namun, komedi tidaklah seperti teater kerana pengalamannya lebih bersifat individu. Walaupun anda di atas pentas bersama pelawak lain namun kejayaannya lebih peribadi berbanding berkumpulan.

Lawak itu adalah milik individu tersendiri. Mengalami perasaan berada di atas pentas dan membuat orang ketawa adalah suatu yang luar biasa!

Percayalah, saya telah berada dalam dunia komedi selama 30 tahun dan setiap kali perasaan itu melanda diri ini, setiap kali jugalah kita merasakan perasaan yang cukup menakjubkan seperti kali pertama. Tidak peliklah komedi stand up ini mempunyai peminat tersendiri dan semakin hari semakin banyak pelakon yang berubah menjadi pelawak.

Jadi, jika anda telah yakin untuk menceburi dunia komedi, maka selamat datang. Bagaimana untuk mula? Tengok video saya lah!


Joanne Kam merupakan seorang pelawak, penulis, DJ radio dan penerbit teater yang mempunyai lebih 30 tahun pengalaman di dalam industri hiburan. Lawaknya yang berbisa dan berisiko telah mendapat reputasi sebagai antara wanita yang paling lawak di pentas Malaysia. Maklumat lanjut mengenai wanita lawak ini, layari lama FB nya: https://www.facebook.com/joannekamcomedy
Copyright © 2023 Cultural Economy Development Agency (CENDANA) | Terms of Service
Ooops!
Generic Popup