dan ada sesetengah freelancer yang mengambil kesempatan. Namun kami perlu bangkit dan mempertahankan hak kami untuk diberi penghormatan profesional yang sama".
Jaringan Keselamatan
Diong berkata membayar KWSP (www.kwsp.gov.my) itu mudah kerana anda cuma perlu mendaftar dan mencarum apabila anda meraih pendapatan. Ini dapat memberikan anda keselamatan kewangan yang lebih baik daripada meletakkan wang anda di bank kerana faedahnya lebih tinggi. Beliau benar-benar menggalakkan penggiat seni persembahan dan teater untuk mula mencarum, walaupun anda seorang freelance.
"PERKESO (www.perkeso.gov.my) mungkin sedikit rumit kerana anda perlu membayar setiap bulan. Walaupun anda tidak bekerja atau tidak mendapat pendapatan yang banyak, anda masih perlu isytihar sesuatu. Anda tidak boleh melabelkan diri anda sebagai penggangur. Berdasarkan purata tugas bulanan, anda perlu menyatakan anggaran gaji minima untuk anda isytiharkan. Pastikan jumlahnya tidak terlalu tinggi dan anda mampu membuat caruman walaupun tidak ada tugasan pada bulan tersebut."
Apa yang baik mengenai PERKESO adalah ianya membabitkan tugasan anda, kata Diong. Sebagai contoh, anda sedang dalam perjalanan ke persembahan teater atau ingin pulang selepas sesi latihan dan anda terlibat dalam kemalangan. Ia dapat membantu anda untuk membuat tuntutan perubatan.
Oleh kerana PERKESO merupakan sebuah agensi kerajaan, anda tidak perlu "bergaduh" dengan mereka seperti mana yang sering terjadi dengan syarikat insurans swasta apabila mereka memaklumkan bahawa polisi kita tidak merangkumi tuntutan tersebut.
"PERKESO juga mengiktiraf pelbagai jenis pekerjaan, dan seni persembahan juga tidak terkecuali. Terdapat beberapa kategori untuk anda mendaftar. Ianya sangat membantu lebih-lebih lagi jika anda seorang pereka set atau juruteknik, anda tercedera dan anda ingin membuat tuntutan." tambah beliau.
Mengisytihar cukai (www.hasil.gov.my) kata beliau, juga memberi manfaat kepada penggiat seni persembahan kerana jika anda bercadang untuk membeli sebuah rumah misalnya dan anda perlu mendapatkan pinjaman bank, bank akan menilai jika anda mempunyai skor kredit yang baik, kata beliau.
"Anda mungkin tidak perlu membayar sebarang cukai kerana pendapatan anda tidak mencukupi sebagai seorang freelance. Namun apa yang penting adalah anda memfailkan pendapatan dan memiliki sebuah akaun. Ini akan membantu anda mendapatkan pinjaman bank."
Tambah beliau, oleh kerana terdapat pelbagai potongan yang boleh dibuat dalam pencukaian, anda mungkin tidak perlu membayar apa apa. "Namun anda boleh buktikan kepada bank bahawa anda seorang pembayar cukai." Beliau turut memberikan pandemik sebagai contoh keuntungan seorang pemilik akaun cukai. "Kerajaan telah memberikan beberapa bantuan kewangan dan jika anda seorang pemilik akaun cukai anda layak menjadi penerima."
Sebagai seorang pelakon dan penyelia sebuah syarikat teater sendiri, dia turut bersimpati dengan orang-orang seni yang merasa sukar dengan kertas kerja yang ada. "Ini merupakan satu tugas perkeranian, jadi jika anda seorang seniman, carilah seseorang untuk membantu pencukaian anda. Satu nasihat saya, simpan semua resit anda dan cuba elakkan untuk dibayar secara tunai. Semua yang dibayar melalui bank akan terpapar di dalam kenyataan bank anda dan lebih mudah dikesan."