Perbezaan antara 'menghiburkan' dan menjadi seorang 'penghibur'

Oleh AZMYL YUNOR 

Salah satu kesan sampingan dalam seni persembahan dan kreatif yang dikategorikan sebagai kurang bernasib baik (atau bernasib baik, bergantung pada asal-usul anda sebagai seorang penggiat), ialah bagaimana kita sering digabungkan dalam kategori 'seni & hiburan' yang luas dan tepat, walau apa sahaja yang kita giatkan.

Menurut pemerhatian saya, sebab ia kurang bernasib baik adalah seni melalui kategori yang mengelirukan ini dianggap sebagai ‘fluff’ (tin kosong) atau eskapisma (melarikan diri daripada kenyataan) tanpa isi berfaedah atau sebarang keupayaan untuk pemikiran kritis, sekurang-kurangnya dari perspektif orang ramai. Walau bagaimanapun, saya juga yakin bahawa seni juga mempunyai kewajipan untuk menggerakkan anda atau sekurang-kurangnya menimbulkan sejenak emosi yang kuat (mungkin juga menjadikan anda 'terhibur') supaya ia tampil bermakna kepada penonton yang bersedia dan bersemangat.

Sifat suka bermain merupakan bahagian penting dalam seni, tetapi perkataan 'bermain' sekali lagi, seperti 'hiburan', mempunyai subteks yang seakan-akan kurang produktif dalam dunia perindustrian. Aktiviti bermain adalah penting dalam perkembangan otak dan kemahiran kanak-kanak dan kita harus berhenti berfikir bahawa idea 'bermain' hanya untuk kanak-kanak. Sedarkah anda dalam muzik, pemuzik 'bermain' alat, dan bukan 'mengendalikan'nya? Sifat suka bermain ini tidak semestinya hadir dalam manifestasi fizikal sahaja – ia juga ada dalam bahasa dan keseronokan anda menggunakan sebilangan perkataan atau giliran frasa.

Salah satu cara untuk menganalisa diri anda sebagai seorang penggiat seni adalah dengan bertanya soalan mudah ini: Adakah saya seorang 'penghibur' atau adakah saya 'menghiburkan' sebagai seorang artis?

Perbezaan kedua-duanya boleh diduga daripada soalan-soalan asas berikut:

1) Kepada siapakah kerja anda ditujukan?

Walaupun ini adalah soalan yang jelas, kebanyakan artis cenderung menggunakan autopilot (kawalan automatic) apabila mereka masuk 'zon' tertentu: zon paling pantas, di mana masa dan ruang tidak lagi penting dan kita berada di halaman penciptaan yang sengit. Adalah penting untuk anda menjauhkan diri dari soalan ini apabila anda berada di dalam ‘zon’ tersebut, tetapi renung-renungkanlah ia sewaktu anda berehat atau telah keluar daripadanya. Fikirkan tentang soalan ini. Mungkin soalan ini tidak ada jawapannya namun inilah yang menjadikan ia penting – persoalan itu sendiri merupakan sebahagian daripada proses keseluruhan, jadi biarkan sahaja ia berlarutan. Misalnya, saya cenderung untuk membayangkan bahawa sesebuah lagu itu ditujukan buat diri saya pada masa lampau, betapa bersemangatnya saya untuk menghiburkan diri sendiri yang lebih muda di saat saya berputus asa – daripadanya, saya sedar bahawa saya tidak lagi berperanan sebagai penghibur tetapi tindakan saya yang menyampaikan lagu itu dalam versi olok-olok dan mempersembahkannya mungkin satu detik yang menghiburkan, kerana ia mungkin dekat dengan penonton yang berempati dengan pemikiran yang sama.

Gambar oleh Diane Picchiottino/Unsplash


2) Di manakah kerja ini akan dipaparkan atau dilaksanakan?

Bak kata ejen hartanah, lokasi menentukan segalanya. Begitu juga sebagai seorang penghibur, perkara ini mesti difikirkan secara serius. Sebagai contoh, jika saya menulis sebuah balada yang menyentuh hati dan memerlukan pendengar, maka adalah yang terbaik jika lagu itu tidak dimainkan di bar pada malam Jumaat (di masa pra-pandemik) di mana semua semua orang mahu mendengar, menari dan menyanyi bersama-sama dengan lagu atau rentak belakang yang biasa didengari. Pertunjukan muzik indie atau gig underground dengan 6 buah band di tempat yang bersesuaian ada bezanya dengan set solo selama dua 45 minit yang diperdengarkan di kafe. Sebagai contoh, saya tergelak apabila melihat pemuzik muda yang tidak berpengalaman berbicara kepada orang ramai seperti berucap di gig sambil beraksi kerana keadaan mereka sangat berbeza – sebagai busker, anda diminta untuk menjadi 'penghibur' kerana titik hubungan dan masa antara anda dan khalayak rawak amat singkat, jadi anda hanya mempunyai sedikit kuasa atau pengaruh untuk menarik perhatian mereka. Di sebuah gig, anda mempunyai penonton yang mudah tertawan (walaupun mereka mungkin memutuskan untuk pergi atas kerelaan mereka) dan perhatian mereka tertumpu semata-mata kepada anda di atas pentas. Dari sudut teknikal, semuanya mungkin serupa (amp, mikrofon, instrumen) tetapi tukarkan sahaja lokasi dan semuanya mungkin berubah. Konteks akan menentukan sama ada anda perlu memakai topi 'penghibur' anda atau hanya membenarkan keseluruhan persembahan menjadi pengalaman yang 'menghiburkan'.

3) Adakah anda mempunyai sesuatu yang menarik untuk diperkatakan?

Ini adalah perbezaan utama yang mentakrifkan 'penghibur' dan penghibur yang
‘menghiburkan’. Para penghibur tidak lari jauh dengan norma persembahan lazim, atau sering ‘ikut skrip’ (“Terima kasih kerana dating pada malam ini!” Bla bla bla), dan akan hanya mengulangi klise tanpa memberikan apa-apa pandangan yang baru mahupun menarik selain menunjukkan bakat atau kehebatan artistik mereka, contohnya keupayaan menyanyi atau bermain instrumen. Mereka memilih jalan yang sangat 'selamat' dan bagi saya, ianya 'membosankan'. Walau bagaimanapun, penghibur adalah mereka yang selalu mengisi ruang sebagai pengacara dan berada di persembahan makan malam kerana mereka, malangnya, hanyalah pertunjukan sampingan atau hiburan ringan di acara sepertinya, dan hal ini benar-benar melenyapkan kuasa sebenar seni kreatif; iaitu untuk ‘berkata sesuatu' tentang dunia yang kita diami sekarang. Itulah sebab mengapa pelawak stand-up (berbanding dengan pelawak biasa yang bergurau dan melakukan skit) adalah pengacara yang hebat dan lebih baik – mereka menyatakan perkara yang penonton sentiasa fikirkan tetapi tidak diutarakan dalam kehidupan seharian: mereka tidak sekadar berjenaka, mereka mengutarakan realiti. Mereka 'menghiburkan'. Pemuzik lebih cenderung untuk berada di bawah kategori 'penghibur' di Malaysia kerana kita sudah terbiasa dengan penapisan dan cara tertentu untuk mempersembahkan diri kepada umum. Dalam erti kata lain, kita tidak berlaku jujur kepada diri sendiri di khalayak ramai. Seseorang yang menghiburkan adalah setaraf dengan pelawak stand-up dan hal ini jarang berlaku di Malaysia – mahukah anda berdiri lebih tinggi berbanding penggiat lain? Cari dan isilah ruangan yang kosong ini. Khalayak kadangkala ingin melihat diri mereka sebagai artis, tidak semestinya sebagai manusia luar biasa lain yang melakukan sekadar perkara yang tidak mampu mereka lakukan.

Seterusnya: Hapuskan halangan bila menulis


Azmyl Yunor ialah penyanyi dan penulis lagu dwibahasa, seorang multi-instrumentalis, penerbit, penganjur gig dan ahli akademik yang karyanya diterbitkan dalam bidang pengajian budaya dan kajian muzik popular. Dengan keluaran prolifik dari genre folk ke punk dan seterusnya noise rock (solo dan dengan pelbagai projek bandnya) sejak akhir 1990-an, pemerhatian beliau yang jelas mengenai politik budaya Malaysia kontemporari meletakkan dirinya di arena istimewa persada muzik Malaysia. Dia kerap melewati rantau ini selain aktif sebagai kolumnis bebas, penceramah dan hos radio. Azmyl juga menganggotai Panel Penasihat Industri (Industry Advisory Panel) CENDANA.

Copyright © 2023 Cultural Economy Development Agency (CENDANA) | Terms of Service
Ooops!
Generic Popup