Apakah residensi lain yang ada?
Terdapat pelbagai residensi lain di Malaysia dan lebih banyak lagi jika anda ingin memohon residensi di luar negara. Anda boleh melawat laman web Resartis di
https://resartis.org/ untuk mencari residensi yang terbaik untuk anda.
Resartis merupakan sebuah rangkaian residensi seni antarabangsa dan merupakan badan profesional dunia bagi tujuan ini. Di sini, anda boleh mencari residensi seni terbuka mengikut negara, bidang, jangka masa dan pelbagai tapisan lain. Buat masa ini hanya Rimbun Dahan sahaja residensi Malaysia yang aktif dalam rangkaian ini namun laman ini amat baik untuk anda yang ingin mencari residensi antarabangsa.
Ini antara residensi lain yang bagus untuk para artis Malaysia sertai:
East Coast Artist in Residence (ECAiR)
Sebuah residensi seni di Kuantan yang mengalu-alukan artis daripada pelbagai bidang, dari penulis ke pengukir ke pembuat filem. Graduan baharu dan artis lama semuanya dialu-alukan. Anda boleh berkolaborasi bersama artis tempatan dan juga menyertai pameran seni dan bengkel awam.
Laman Web:
https://ecair.my/Borang permohonan boleh di muat turun di:
http://www.ecair.my/application-residency.pdfPermohonan perlu di e-mel kepada
application@ecair.my SembilanBertujuan untuk menyokong artis tempatan baharu dengan menyediakan sebuah ruang kondusif dan mendapat peluang mempamerkan karya mereka. Terletak di pinggiran bandar lama Seremban, residensi ini menyediakan ruangan seni di lokasi yang wujud sejak 1919, sebelum zaman perang serta penginapan selama tiga bulan dalam sebuah hotel warisan. Lawatan studio dan acara perhubungan seni juga boleh diadakan.
Anda boleh memohon di:
http://www.sembilan.com.my/application.html A-RES
A-Res, singkatan bagi Adopted Residency terletak di Ampang merupakan sebuah program enam bulan yang dibuat bagi artis baharu dan muda untuk membina nama dan kerjaya seni mereka. Residensi ini memberi fokus kepada latihan studio serta bimbingan artis dari sudut hala tuju seni mereka, teknik dan pengalaman dalam kehidupan seorang artis sepenuh masa. Pada akhir residensi ini, artis tersebut perlu membuat sebuah pameran awam untuk mempamerkan karya yang dihasilkan sewaktu residensi anda. Program sokongan lain seperti komunikasi dan perhubungan antara artis dalam industri serta peluang bertukaran idea bersama artis antarabangsa turut disediakan.
Anda boleh memohon di:
https://a-residency.wixsite.com/ares/application INXO International Residency
INXO International Residency di Kuala Lumpur merupakan sebuah program residensi untuk pelbagai bidang yang memberi peluang kepada artis untuk menerokai potensi seni mereka secara bebas dan menghubungkan mereka dengan komuniti seni. Artis dijemput untuk menghasilkan seni berdasarkan budaya dan elemen tempatan. Artis akan berpeluang untuk turut serta dalam bengkel dan akhirnya mempamerkan hasil mereka. Artis daripada pelbagai bidang seperti seni pemasangan, fotografi, teater, koreografi dan seni bunyi semuanya pernah menjadi residen di sini.
Anda boleh hubungi mereka di:
https://www.inxo.org.my/contact/ Khazanah Residency Programme
Residensi yang terletak di Acme Studios, London ini ditubuhkan untuk membangunkan artis Malaysia baharu bagi memberi mereka kemahiran dan perhubungan yang diperlukan dalam bidang mereka. Mereka akan diberi peluang untuk menghasilkan karya dalam sebuah program tersusun selama 12 minggu. Artis akan menghasilkan karya dan berusaha ke arah sebuah pameran selepas residensi. Perkongsian pengalaman dan pameran solo juga termasuk dalam residensi ini. Artis yang ingin berkarya dalam persekitaran asing dan menimba pengalaman luar negara mungkin akan meminati residensi ini.
Lama web:
https://www.khazanah.com.my/our-community/khazanah-residency-programme/Anda boleh memohon dengan menulis kepada
info@khazanah.com.my