Helena Foo merupakan seorang pengarah dan pelakon teater profesional. Dia telah berada dalam industri selama dua dekad dan kini sedang menumpukan perhatian terhadap syarikat SIAPA Theatre, di mana dia merupakan antara pengasas bersama. Halena mengendalikan persembahan teater dengan memberi tumpuan pada persembahan patung dan sarkas serta memperjuangkan pendidikan seni persembahan untuk kanak-kanak. Pak Pandir: A Malaysian Adventure, DUALITY oleh VSC Project, In A Different Light oleh Suna Productions dan Fajar & Senja di Iskarnival 2018 merupakan antara kerja dan persembahannya yang terkini.
Chamalogy, atau lebih dikenali sebagai Cham merupakan seorang pelukis bebas. Merupakan seorang graduan grafik dan pengkhususan dalam ilustrasi yang kemudian telah membawanya untuk meneroka lukisan 2D, animasi dan grafiti. Kebanyakkan hasil kerja beliau dipengaruhi oleh buku komik dan kartun barat. Cham telah bekerja untuk pelbagai organisasi termasuk sebuah syarikat pengiklanan sebelum menjadi seorang pekerja bebas atau freelance.
Di bawah program kewangan CENDANA, Foo dan Cham telah memohon geran bagi progam "Arts for All Online". Helena menyatakan bahawa dengan bantuan geran berkenaan, dapatlah beliau membeli peralatan kreatif bagi persembahan teaternya.