• Kami kembali dengan Program Bengkel dan Bimbingan Mentor Penulisan Seni!

    Sekiranya anda terlepas untuk mengikuti program ini pada tahun 2020, kini anda mempunyai peluang untuk membuat permohonan untuk program ini dan pelajari cara mendekati dan menghargai seni dengan cara yang baru dan lebih mantap. Mentor kami akan membimbing anda cara-cara meneliti secara berbeza, memberi respon, mentafsir dan membuat penilaian secara kritikal. Program ini juga merangkumi bagaimana seseorang dapat memasarkan dan mempromosikan hasil tulisan mereka untuk tujuan penerbitan.

    Para penulis seni yang sedang berkembang dan pengkritik seni muda baru yang ingin meneroka dan memperbaiki kemahiran mereka dalam penulisan kritikan seni dalam bidang seni persembahan, seni visual, muzik, kraf, dan banyak lagi digalakkan untuk memohon program ini.

    Fasa 1: Bengkel Penulisan Seni (8, 9 & 10 Oktober 2021)

    Bengkel penulisan percuma ini akan meneroka topik-topik seperti berikut:

    • Perkembangan cerita
    • Struktur/ bentuk cerita
    • Menulis untuk penonton
    • Piramid terbalik dan kaedah penulisan message house
    • Artikel yang optimumkan tetapan asas SEO
    • Memilih gambar dan mengoptimumkan artikel untuk platform media sosial
    • Asas penulisan media sosial untuk mendorong sambutan artikel
    • Memahami asas analisis
    *Struktur sukatan pelajaran tertakluk kepada perubahan.
    Fasa 2: Bimbingan Mentor (25 Oktober 2021 – 28 Februari 2021)

    Dua puluh empat (24) orang peserta akan dikenalpasti daripada Bengkel Penulisan Seni dan dimajukan bagi Bimbingan Mentor selama empat (4) bulan dimana mereka akan mendapat bimbingan berterusan mengenai hasil penulisan mereka. Pada Fasa 2, peserta yang terpilih akan ditugaskan untuk menulis dua (2) buah artikel setiap bulan sepanjang program tersebut berlangsung. Bahan penulisan akan disemak oleh mentor yang dilantik sebelum disiarkan/ diterbitkan. Artikel yang telah dikenalpasti dan layak, akan diterbitkan di laman web BASKL milik CENDANA www.baskl.com.my atau platform rakan media lain hasil nasihat daripada mentor. Penulis akan dibayar mengikut kadar pasaran untuk artikel yang diterbitkan di laman web BASKL, CENDANA.

    APAKAH SOKONGAN YANG DIBERIKAN DI BAWAH PROGRAM INI?

    Dua belas (12) jam bengkel profesional dalam bidang penulisan seni selama tiga (3) hari;
    • Sokongan mentor sepanjang kedua-dua fasa program;
    • Empat (4) bulan skim bimbingan penulisan Seni (untuk Mentee yang terpilih);
    • Bayaran mengikut harga pasaran untuk setiap artikel yang diterbitkan sepanjang program Fasa 2 (terhad kepada peserta terpilih sahaja) di laman web BASKL CENDANA (www.baskl.com.my)

    Sila rujuk Terma Rujukan untuk maklumat lanjut berkaitan syarat kelayakan dan bagaimana untuk memohon.

    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi artedu@cendana.com.my

    *CENDANA berhak untuk mengubah mana-mana terma dan syarat pada bila-bila masa tanpa makluman awal.

    Fasa 1: Bengkel Penulisan Seni

    Permohonan dibuka

    Tarikh akhir permohonan

    Makluman kepada para peserta

    Bengkel atas talian
    (Dua belas (12) jam bengkel penulisan seni)
    26 Julai 2021
    30 Ogos 2021
    15 September 2021
    8, 9 & 10 Oktober 2021
    Fasa 1: Bengkel Penulisan Seni
    25 Oktober 2021 – 28 Februari 2022
Copyright © 2022 Cultural Economy Development Agency (CENDANA) | Terms of Service
Ooops!
Generic Popup