• PROGRAM PERANTIS CENDANA KOLABORASI BERSAMA-SAMA STUDIO HONG YI

    PERMOHONAN KINI DIBUKA!

    Program Perantis CENDANA Kolaborasi Bersama-sama Studio Hong Yi adalah sebuah program perantis selama enam (6) bulan yang disasarkan kepada graduan bidang kreatif, seniman muda dan tenaga kerja kebudayaan yang ingin mencorak masa depan yang penuh dengan peluang-peluang bermanfaat serta pengalaman berfaedah dalam bidang industri kreatif.

    Apakah manfaat Program Perantis Kerjasama CENDANA-Studio Hong Yi?

    Program ini akan memanfaatkan peserta seperti berikut:

    • Elaun berjumlah dua ribu ringgit (RM 2,000) sebulan akan disediakan bagi menampung perbelanjaan harian sepanjang tempoh program perantis dari 1 Julai 2021 sehingga 31 Disember 2021;
    • Peruntukan sebanyak lima ratus ringgit (RM 500) berbentuk one-off akan diberikan jika perantis bermastautin di luar kawasan Lembah Klang dan perlu berpindah ke Kuala Lumpur;
    • Latihan dari segi artistik, teknikal dan pengurusan di tempat kerja serta di luar ruang bekerja yang merangkumi segala aspek bimbingan, latihan, penyelidikan dan sebagainya;
    • Peluang memperoleh pengetahuan serta membina kemahiran yang diperlukan melalui projek-projek kreatif yang diterajui oleh Studio Hong Yi;
    • Peluang untuk mengambil bahagian dalam proses pemikiran dan konseptualisasi karya kreatif inovatif yang menjangkaui pembuatan seni tradisional;
    • Memperoleh pengetahuan tentang bagaimana memulakan dan mengekalkan kerjaya yang berjaya dalam bidang seni;
    • Peluang memupuk hubungan profesional dengan industri kreatif melalui Studio Hong Yi dan jaringannya;
    • Peluang menimba pengalaman, peningkatan daya kreatif serta membina CV untuk memulakan kerjaya yang berjaya.

    Program Perantis CENDANA dengan kerjasama Studio Hong Yi ini akan memilih 4 orang rakyat Malaysia yang mempunyai semangat dan motivasi diri yang kuat yang dapat membawa perspektif baru dan cara berfikir yang segar. Mereka memerlukan kemahiran komunikasi dan semangat kerja berpasukan yang sangat baik serta mempu menguruskan pelbagai tugasan yang diberikan. Melalui program ini mereka dapat menyumbangkan idea dan menyelesaikan tugasan dalam pelaksanaan barisan projek seni baharu yang menarik di bawah pimpinan Red Hong Yi.

    Sila rujuk Terma Rujukan untuk maklumat lanjut.

    Untuk pertanyaan lanjut, sila kemukakan persoalan kepada artedu@cendana.com.my

    * CENDANA berhak untuk mengubah terma dan syarat tidak mengira waktu dan tanpa sebarang pemberitahuan.

    Panggilan permohonan
    Tarikh akhir pendaftaran
    Penilaian & Makluman kepada peserta
    Program perantisan bermula
    10 Mei 2021
    8 Jun 2021
    21 Jun 2021
    1 Julai - 31 Disember 2021
Copyright © 2022 Cultural Economy Development Agency (CENDANA) | Terms of Service
Ooops!
Generic Popup