PANGGILAN PERMOHONAN PROGRAM ARTIS DI SEKOLAH CENDANA (AISP) UNTUK SEKOLAH

Semua Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Orang Asli dan Sekolah Pendidikan Khas di Lembah Klang dan Sabah dijemput untuk menghantar permohonan untuk program Artis di Sekolah CENDANA (AISP)!

AISP bertujuan untuk meningkatkan Pendidikan Seni di kalangan para pelajar sekolah rendah dari darjah tiga (3) hingga darjah enam (6) yang berusia sembilan (9) tahun hingga dua belas (12) tahun untuk memperdalamkan pemahaman mereka terhadap seni budaya Malaysia. Ia bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan tentang pelbagai bentuk seni, konsep dan teknik, serta meningkatkan kemahiran menganalisis, pemikiran kritikal dan kemahiran menilai. Matlamat program ini ialah membina keyakinan pelajar dalam mengekspresikan diri mereka melalui muzik, tarian, drama atau seni visual.
Sebagai permulaan, program ini disasarkan kepada sekolah rendah utama di Lembah Klang dan Sabah sahaja.

Keutamaan akan diberikan kepada Sekolah Rendah Awam (sekolah sub-bandar, luar bandar dan B40), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan sekolah pendidikan Khas dan sekolah integrasi pendidikan khas; dan Sekolah Orang Asli.

AISP adalah kerjasama antara CENDANA dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Penghargaan kepada Majlis Seni Negara Singapura (NAC).

Sila rujuk Terma Rujukan untuk maklumat yang lebih terperinci.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi artedu.cendana@gmail.com

* CENDANA mempunyai hak untuk menukar apa-apa terma dan syarat pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

Copyright © 2022 Cultural Economy Development Agency (CENDANA) | Terms of Service
Ooops!
Generic Popup