CENDANA menganjurkan bengkel ACE bertajuk Peluang Dana untuk Ekonomi Budaya tentang program pembiayaan yang kini ditawarkan oleh Think City, Yayasan Sime Darby, Yayasan Jepun Kuala Lumpur dan British Council. Sesi khas ini adalah untuk semua penggiat seni budaya yang berminat untuk mengenalpasti peluang dana yang bersesuaian untuk dipohon bagi melaksanakan projek masing-masing.