CENDANA memahami situasi yang dihadapi oleh para artis, artisan, dan pekerja tadbir seni budaya kesan dari pandemik wabak COVID-19. Justeru, dukungan Kerajaan ke atas sektor seni budaya melalui pengumuman PENJANA, Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA), inisitatif Bajet 2021, dan terkini Pelan Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dengan jumlah terkumpul RM429 juta untuk sektor seni budaya amatlah dialu-alukan.