“Benda-benda macam
ni, aku
takde pesanan buat mereka. Cakap macam mana pun,
skinhead ni bagus,
skinhead ni positif; orang akan fikir negatif juga, pasal semua orang dah ada tanggapan tersendiri berasaskan apa yang disiarkan oleh media massa.
Pastu kalau cakap pasal hal ini, orang buat filem-
lah, dokumentari-
lah, lama-lama isu buruk macam dulu balik akan naik balik. Jadi, biarkan
je, apa-apa
subculture pun akan dapat pandangan tak elok.”
“Kalau nak banding dengan isu
skinhead di negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat dan Britain, memang tak sama. Di sana keadaan hidup lebih ekstrim, jadi usaha nak menegakkan idealogi S.H.A.R.P atau anti-fasis mereka juga ekstrim. Banyak yang cakap
skinhead ni rasis, tapi macam mana pula aku boleh dengar banyak
black music? Jadi bila mereka tanya “Betul ke?” baru kita
explain. Mereka tak tahu pun yang skinhead
ni dengar pelbagai musik, lebih-lebih lagi dari Jamaica atau
soul music.”
“Ternyata mereka ni tak cukup kajian terhadap komuniti
skinhead. Bob Marley pun pernah main ska sebelum bermain reggae,
Bob Marley was a rudeboy before, jadi macam mana kami ini dianggap rasis? Dengan kehadiran internet sekarang, bukan semua orang percaya media secara bulat-bulat. Jadi, tak payah nak terangkan. Kalau
nak tahu, mereka akan buat
research sendiri.”