PANGGILAN PERMOHONAN PROGRAM ARTIS DI SEKOLAH CENDANA (AISP) UNTUK SEKOLAH

Semua Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Orang Asli dan Sekolah Pendidikan Khas di Lembah Klang dan Sabah dijemput untuk menghantar permohonan untuk program Artis di Sekolah CENDANA (AISP)!

AISP bertujuan untuk meningkatkan Pendidikan Seni di kalangan para pelajar sekolah rendah dari darjah tiga (3) hingga darjah enam (6) yang berusia sembilan (9) tahun hingga dua belas (12) tahun untuk memperdalamkan pemahaman mereka terhadap seni budaya Malaysia. Ia bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan tentang pelbagai bentuk seni, konsep dan teknik, serta meningkatkan kemahiran menganalisis, pemikiran kritikal dan kemahiran menilai. Matlamat program ini ialah membina keyakinan pelajar dalam mengekspresikan diri mereka melalui muzik, tarian, drama atau seni visual.
Sebagai permulaan, program ini disasarkan kepada sekolah rendah utama di Lembah Klang dan Sabah sahaja.

Keutamaan akan diberikan kepada Sekolah Rendah Awam (sekolah sub-bandar, luar bandar dan B40), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan sekolah pendidikan Khas dan sekolah integrasi pendidikan khas; dan Sekolah Orang Asli.

AISP adalah kerjasama antara CENDANA dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Penghargaan kepada Majlis Seni Negara Singapura (NAC).

Sila rujuk Terma Rujukan untuk maklumat yang lebih terperinci.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi artedu.cendana@gmail.com

* CENDANA mempunyai hak untuk menukar apa-apa terma dan syarat pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.


SENARAI ARTIS DAN KURSUS SENI YANG BOLEH DIPILIH UNTUK LEMBAH KLANG
From Trash to Dance/ "Tarian dengan bahan kitar semula

Deskripsi Kursus

Melalui interaksi dengan bahan kitar semula, pelajar diperkenalkan kepada unsur-unsur asas tarian dan meneroka hubungan badan kita dan tekstil / kualiti prop yang berbeza. Pelajar digalakkan untuk menggunakan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri mereka sambil membangun kemahiran yang merupakan asas bagi semua aktiviti pergerakan dan tarian. Kelas-kelas ini akan dijalankan melalui penambahbaikan, permainan berasaskan tugas dan kemahiran koreografi.

Profil Artis

Lau Beh Chin penerima biasiswa “Stepping Stone” dan graduan ijazah dari Universiti Limerick dengan kepujian kelas pertama dalam persembahan tarian kontemporari. Beliau telah bekerjasama dengan Katja Grässli (Swiss/NL), Laura Murphy (IRL), Jacqueline Doyen (FR), dan Isabella Sach (GE) dan menjalankan kerja-kerja beliau di ABUNDANCE '13, Sweden; Festival Bengkel Dancewoods, Bologna Itali. Beliau juga pernah dijemput untuk mengadakan persembahan di FAKI'19, Croatia, World Dance Alliance-Asia Pacific 2016 di Korea dan M1 Contact Festival 2017 serta dipilih sebagai salah seorang koreografer dalam Projek “Young Choreographer International 2019” di Taiwan. Baru-baru ini, beliau telah menghasilkan "Where Two Seas Meet" & "Your Memories, Our Identity" yang memberi tumpuan kepada dialog antara dan intra budaya dan identiti.

Kos Kursus

RM 3,200

Main Teater

Deskripsi Kursus

Main Teater adalah kursus pembelajaran asas teater dalam memahami dan mempraktikkan seni teater di sekolah. Modul ini mengandungi teori dan praktikal. Pelajar akan mempelajari teknik olah suara dan tubuh, watak-perwatakan, pemahaman skrip dan pembentukkan emosi. Di akhir kursus pelajar akan melakukan sebuah persembahan teater pendek di hadapan guru dan rakan-rakan. Matlamat kursus adalah untuk memupuk minat pelajar terhadap seni teater dan persembahan serta membentuk keyakinan diri, personaliti dan sahsiah diri melalui aktiviti dan disiplin teater.

Profil Artis

Fazleena Hishamuddin merupakan karyawan sepenuh masa dan aktif sebagai penulis, aktivis teater, pelakon dan pengurus acara. Pemegang Sarjana Muda Sastera dan Sarjana Psikologi Kaunseling dari UKM, beliau telah bergiat dalam dunia teater sejak 2003 hingga kini. Kota Kelip-Kelip merupakan teater berdurasi panjang arahan beliau yang pertama, dibintangi 10 anak-anak yatim di bawah seliaan NGO : Teach for The Needs. Melalui pementasan itu, beliau berjaya dinominasi sebagai Pengarah Terbaik Anugerah Boh Cameronion Award 2016 dibawah kategori Junior Cammies. Pada tahun 2018, beliau mengarahkan sebuah pementasan teater yang turut melibatkan kanak-kanak marjinal seramai 20 orang di Auditorium DBP dengan tajuk Mona Ke Daerah M. Beliau kini menguruskan Serambi Karya, Jalan Bellamy Kuala Lumpur sebagai ruang seni-ilmu-budaya.


Kos Kursus

RM 6,500
Boneka! Kuasai seni bercerita.

Deskripsi Kursus

SIAPA Theatre mengeksplorasi, memupuk dan melestarikan seni pembuatan dan permainan boneka. Main-perananan dan seni bercerita adalah elemen dan alat penting dalam set kemahiran kanak-kanak. Program ini menandakan langkah pertama kami memberikan anak-anak sekolah tempatan peluang untuk mengenali dunia boneka dan menuai faedah yang mengagumkan.

Profil Artis

SIAPA Teater adalah penggerak daya fikir Pereka Boneka, Malin Faisal dan Pengarah Artistik, Helena Foo. Dalam misi untuk menghiburkan penonton daripada pelbagai usia, mereka membawa keajaiban boneka yang menakjubkan di dalam kelas ke seluruh Malaysia. Mereka memberi sinar inspirasi dan latihan kepada pelajar dan juga pendidik mengenai kemahiran yang diperlukan untuk menjadi pencerita interaktif. Salah satu projek terkini mereka pada tahun 2020 adalah muzikal boneka bertajuk “Pak Pandir: A Malaysian Adventure”.

Kos kursus

RM 3,700

Program Drama Dalam Seni Persembahan: Teater Kanak-Kanak (Moden Kontemporari)

Deskripsi Kursus

Sebuah rancangan pengajaran seni moden untuk pendedahan apresiasi peringkat awal kanak-kanak (9-12 tahun) bagi memupuk, menyemai dan menerapkan nilai seni modal insan secara kreatif dalam 10 jam sesi pembelajaran interaktif yang merangkumi aspek kemahiran berkomunikasi, menulis, membaca dan daya fikir dengan fokus asas terhadap penceritaan, lakonan dan drama melalui pendekatan persembahan pentas iaitu teater.

Profil Artis

RAIMI JAAFAR @ REMY ELDHANI adalah antara pelopor muda yang giat membina teater mandiri dan teater bebas (independent theatre) di Malaysia dari tahun 2013 melalui bengkel ‘First Time Workshop’ dibawah bimbingan Khairunazwan Rodzy anjuran Revolution Stage dengan pementasan ASRAMA-RA bersama Sherry Al-Hadad dan Nadiya Nissa. Bergiat secara mandiri, beliau telah berkongsi hasil kerja kreatifnya dengan pelbagai agensi dan badan NGO, antaranya KakiSeni, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan universiti tempatan. Pementasan ‘1Dosa 2Pahala’ arahan serta tulisan beliau telah memenangi persembahan terbaik dalam pertandingan cerita pendek di International Islamic University Malaysia (IIUM) pada tahun 2014. Terkini, beliau memperkenalkan kolektif RUMAH LAKON bagi meneruskan usaha membudayakan seni dengan menganjurkan bengkel dan kelas khususnya kepada belia serta golongan muda.

Kos kursus

RM 7,850
Dance Education/ Pendidikan Seni Tari

Deskripsi Kursus

Seni tari adalah expresi jiwa manusia melalui gerak-geri berirama yang indah. Tujuan utama tarian adalah untuk mengembangkan kesedaran tubuh dan keupayaan ciri-cirinya. Salah satu matlamat utama kursus ini adalah untuk menunjukkan kebebasan dan imaginasi – mengubah kesedihan menjadi kreativiti melalui tarian moden dan kontemporari. Pergerakan yang diajar bertujuan untuk memahami perasaan sendiri dan seterusnya menjadi medium meluahan pengalaman, imaginasi, dan perasaan.er.

Profil Artis

Rathimalar Govindarajoo adalah seorang penari, koreografer, guru tarian, dan pakar pendidik tarian (DES) yang telah mempelopori dunia tarian selama lebih dua dekad dengan Teater Tari Sutra dan Yayasan Sutra. Beliau berpengalaman bekerja sepenuh masa sebagai salah seorang penari perintis Shobana Jeyasingh Dance Company (SJDC) di London, United Kingdom selama lima tahun. Sekembalinya ke tanah air, beliau menerokai bidang pendidikan dalam sukatan mata pelajaran Prasekolah, Rendah, dan Menengah di sekolah-sekolah antarabangsa di Malaysia.

Kos kursus

RM 4,000

Semarak Seni Bersama Sape’

Deskripsi Kursus

Kursus Semarak Seni Bersama Sape’ merupakan sebuah program pembelajaran alat muzik tradisional sape’ yang direka untuk memberi peluang kepada semua murid di sekolah rendah untuk menikmati unsur estetik dalam muzik serta memperoleh pengetahuan dan kefahaman mengenai konsep asas dalam muzik. Selain itu, murid juga berpeluang pengalaman untuk bermain alat muzik sape’ secara berkumpulan bagi mencetus dan memperkembangkan minat dan bakat mereka dalam seni muzik.

Profil Artis

Saufi Aiman Yahya, seorang pemain alat muzik Sape’ kontemporari professional dan penulis buku rujukan Sape’ yang berpengalaman selama 9 tahun. Saufi aktif dalam membuat persembahan serta mengadakan kursus pembelajaran bermain Sape’ sekitar Sarawak & Kuala Lumpur. Beliau pernah dianugerahkan sebagai Juara Dunia Instrumentalis 2017 sempena acara Kejohanan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) di Hollywood, California A.S. dengan membawa pulang empat (4) pingat emas mewakili negara Malaysia.

Kos kursus

RM 3,900

Kolaj Kritikal: Pemikiran di luar Kotak

Deskripsi Kursus

Berfikir secara kritikal adalah suatu kemahiran yang amat penting untuk dikuasai oleh pelajar diperingkat sekolah rendah. Melalui kursus ini, pelajar dapat menggunakan bahan-bahan kolaj untuk belajar menyelesaikan masalah secara kreatif. Dengan membuat kolaj dalam kumpulan, pelajar dapat belajar nilai bekerjasama dan berfikiran terbuka kepada pendapat rakan-rakan yang lain.

Profil Artis

Psikologi dan seni merupakan dua bidang yang diceburi oleh artis sejak dari kolej. Integrasi dua bidang ini merupakan pilihan kerjaya artis. Kursus ini telah direka khas untuk pelajar sekolah rendah dalam mempelajari teknik untuk berfikir diluar kotak. Pengalaman artis dalam mengendalikan kursus-kursus lain seperti menggunakan catan sebagai suatu aktiviti pelepasan tekanan untuk peserta dari pelbagai umur dapat membantu artis dalam mengendalikan kursus kolaj kritikal ini. Artis mempunyai pengalaman bekerja bersama kanak-kanak dan mengajar dalam bidang seni dan bahasa.

Kos kursus

RM 4,000

Keajaiban Akrilik

Deskripsi Kursus

Kursus ini adalah pengenalan kapada salah satu media asas dalam aktiviti catan untuk murid sekolah rendah. Murid-murid akan mengalami dan menerokai kualiti media apabila digunakan diatas kertas atau kanvas. Sebagai media yang jarang terdapat diperingkat sekolah rendah, pengenalan awal ini akan membantu murid-murid untuk menyedari potensi mereka untuk melukis dengan lebih baik. Murid juga akan diajar aplikasi penggunaan elemen asas seni dan prinsip seni dalam membuat sesuatu karya seni catan.

Profil Artis

Berkelulusan dalam bidang Seni Halus di peringkat Ijazah Asas dan Diploma Perguruan Seni sebelum bertugas sebagai guru di sekolah menengah. Beliau menyambung pengajian diperingkat Sarjana dalam Pendidikan Seni semasa bertugas di Kementerian Pendidikan Malaysia. Bergiat sebagai pelukis semasa dalam perkhidmatan sehingga bersara sebagai Pensyarah dalam bidang Pendidikan Seni di Universiti Brunei Darussalam. Beliau pernah menyertai pelbagai pameran seni lukis seperti Labuan Art Festival,Merdeka Art Festival Brunei, Shifting Paradigm Brunei, Asian Art Experience, Bangkok, Urban Art Kuala Lumpur, Art Connexion Matic Kuala Lumpur, Genting Highland Anniversary Art Exhibition, Art Tourism Exhibition KL, Artedecor Matic KL, Imago Mundi KL dan Jakarta, Artdialogo KL, Manila serta Yogyakarta. Beliau juga adalah Ahli Persatuan Seni Rupa Malaysia.

Kos kursus

RM 6,900

Bengkel Young Jenin Writer

Deskripsi Kursus

Bengkel Young Jenin Writer adalah kelas kemahiran kejuruteraan kertas yang menggabungkan pelbagai ilmu yang dipelajari di sekolah dalam seni penghasilan buku. Kelas ini boleh menjadi inspirasi kepada kerjaya masa hadapan dan pada masa yang sama menggalakkan pelajar mengasah bakat penceritaan, penulisan dan ilustrasi.

Profil Artis

Anak kelahiran Kuala Lumpur ini adalah pemegang ijazah Sarjana Muda Pengurusan Operasi Perniagaan dari Illinois State University dan Sarjana Sains Komunikasi Korporat dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Lebih mesra dengan nama Kak Mimi sepanjang mengendalikan bengkel Young Jenin Writer dan aktiviti bercerita, dia mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam dunia penerbitan sebagai seorang wartawan, penerbit dan penulis. Sehingga tahun 2019, sebanyak 8 buah buku dan beberapa buah buku aktiviti kanak-kanak telah dihasilkan. Dia sering dipanggil untuk sesi ‘Story-Gami’ iaitu sesi bercerita menggunakan buku-buku yang menggunakan kirigami.

Kos kursus

RM 4,300

The Art of Rhythm Making/ Seni Membuat Irama

Deskripsi Kursus

Kursus ini merupakan pengenalan kepada seni membuat irama. Peserta akan diperkenalkan kepada asas dan selok belok seni membuat irama dengan cara mudah, praktikal tanpa menggunakan notasi atau pembelajaran formal. Ini adalah kerana irama merupakan satu pengalaman nyata dan sahih dalam semua aspek kehidupan dan alam semulajadi. Melalui penghayatan seni membuat irama, peserta akan menambahkan kebolehan tambahan yang membuka ruang lebih besar untuk pilihan kerjaya dan juga cara menyusun kehidupan harian.

Profil Artis

Kennedy Michael ialah seorang artis, pengamal dan pendidik dalam berbagai seni persembahan dan juga teknikal. Beliau terlibat dalam bidang ini sejak berumur 14 tahun. Sepanjang 34 tahun kerjaya beliau mengamal dan mengajar seni Capoeira, Samba, Batucada, Maculele, Randai, Wayang Kulit, Teater, Televisyen, Filem, Radio dan Hiburan tempatan mahupun antarabangsa. Beliau juga telah memenangi beberapa anugerah. Beliau adalah ahli panel pakar Creative Content Industry Guild (CCIG) bagi bidang Pengurusan Pentas dan Pengurusan Produksi. Kennedy fasih berbahasa Melayu, Inggeris, Tamil dan juga boleh berbual dalam Bahasa Tamil, Kantonis, Hokkien, Mandarin, Hindi dan Portugis. Baru-baru ini beliau telah dilantik sebagai finalis Tokoh Anugerah ROLPOP5 dan menjadi Juara bagi Kategori NGO.

Kos kursus

RM 4,950

Kelas Komik Abang F

Deskripsi Kursus

Kursus 10 jam ini akan mendidik para pelajar untuk memanfaatkan medium komik didalam era media sosial supaya pelajar boleh menyampaikan idea dan cerita yang bermanfaat kepada rakan sebaya. Dengan pengalaman 18 tahun, Abang F akan berkongsi teknik penceritaan dan kaedah melukis yang jarang sekali didapati didalam, mahupun luar sekolah.

Profil Artis

Mohd Faros Amzas telah berkecimpung dalam dunia penerbitan sejak tahun 2001 dalam majalah kanak-kanak popular, ‘Anak-anak Sidek’. Kemudian dengan nama samaran 'FROGGYPAPA' menghasilkan banyak komik dibawah terbitan PTS Publishing seperti Babap Boi, Super Safee (Safee Sali), Budak Kombo, Lawak Bujang, Lawak Budak Sekolah serta pelbagai tajuk komik pendek sehingga kini .Dibawah PTS, komik-komik ini Abang F menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) yang diperakui oleh guru-guru sekolah. Beliau pernah menerima Anugerah Penulis Komik Terbaik dan Anugerah Komik Terbaik dalam Anugerah Pekomik 2011. Beliau aktif menulis dan melukis komik dan menjayakan program ‘Kelas Komik’ disekolah-sekolah sekitar Lembah Klang bersama PTS.

Kos kursus

RM 3,300

Paper Sculpture/ Arca Kertas

Deskripsi Kursus

Kursus Paper Sculpture (arca kertas) ini adalah untuk mewujudkan kesedaran kepada orang ramai terutamanya kanak-kanak sekolah mengenai kaedah alternatif menghasilkan seni dari 2D ke 3D dengan kaedah paling mudah dengan menggunakan kertas sebagai medium utama. Antara topik yang akan disampaikan dalam kursus adalah pemahaman warna, komposisi, gubahan dan lakaran visual. Selain itu, pelajar juga akan diajar tentang kritikan dan pemahaman seni, alur kerja sebagai artis dan cara menjalankan pameran seni.

Profil Artis

Seorang artis visual kontemporari Paper Sculpture (Arca Kertas) yang telah menjalani pelbagai penyelidikan dan pembangunan tentang perolahan geometrik yang diterapkan menggunakan kertas warna ke bentuk 3D. Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan aktif dalam menyertai pameran-pameran di tanah air semenjak beliau tamat pembelajaran ijazah di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Kos kursus

RM 5,500

Grafiti itu Seni

Deskripsi Kursus

Kursus ‘Grafiti itu Seni’ merupakan sebuah kursus di mana murid akan mempelajari secara asas sejarah, teknik dan fungsi seni grafiti. Objektif kursus ialah untuk memperkenalkan grafiti sebagai sebuah cabang seni dan bukanlah sebaliknya. Sepanjang kursus, murid akan mempelajari bentuk, warna, elemen serta pelbagai lagi perkara yang terlibat dalam dunia seni grafiti dan yang paling penting, murid akan mempunyai pengalaman yang manis dan bermakna melalui seni grafiti.

Profil Artis

Hisham merupakan graduan sarjana Pereka Grafik (Major dalam Illustrasi) dari UiTM dan merupakan seorang pereka grafik sepenuh masa serta bekerja sambilan sebagai seorang artis di mana dia membuat kerja- kerja freelance termasuk grafik, illustrasi dan juga grafiti. Beliau aktif di dalam bidang grafiti sejak 3 tahun yang lepas dengan membuat kerja- kerja sukarelawan dan juga kerja komisyen dari syarikat- syarikat kecil ke syarikat besar seperti APT Gallery, AEON mall, Rantai Art Festival, Soundmaker Music Studio dan banyak lagi. Selain itu, Hisham turut dikenali sebagai pendatang baru artis grafiti yang sedang melonjak oleh MAGAD (Malaysian Graffiti Artist Database); sebuah perbadanan grafiti di bawah Balai Seni Lukis Negara. Visi Hisham untuk grafiti di masa hadapan adalah supaya ianya dipandang utama sebagai cabang seni dan bukan sebaliknya.

Kos kursus

RM 3,650

SENARAI ARTIS DAN KURSUS SENI YANG BOLEH DIPILIH UNTUK SABAH
Invert Warna Dunia – Acrylic Pouring

Deskripsi Kursus

Curahan Akrilik (Acrylic pouring) adalah teknik Fluid Painting (Lukisan Cecair). Kursus ini melibatkan pencampuran warna akrilik yang berbeza dengan menuangkan medium dan menerapkannya ke kanvas tanpa menggunakan berus. Permukaannya dimiringkan di setiap arah untuk membiarkan aliran cat dan warna berinteraksi dalam cara yang tidak dapat diramalkan, namun sentiasa menarik. Kursus ini menggambarkan kepentingan improvisasi dan penerimaan apa-apa di luar jangkaan. Proses ini menyeronokkan, mudah dan sesuai untuk semua peringkat. Pelajar akan dapat mengulangi proses ini di rumah dan sebagai latar belakang untuk projek-projek lain atau karya-karya mereka sendiri.

Profil Artis

Yap Chui Ling adalah seorang artis dan guru seni dari Sandakan. Beliau pernah mempamerkan seninya di Taiwan bersama artis-artis antarabangsa dalam pameran bertajuk “Heart” pada tahun 2018. Beliau juga berpengalaman sebagai guru seni di Taiwan dalam teknik “Acrylic Pouring” dan kini, telah mendirikan studio “C.L. Art Lab” di Sandakan.

Kos Kursus

RM 4,900
Main Teater

Deskripsi Kursus

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada tari tradisi suku kaum yang didedahkan dalam bentuk kemahiran dalam teknik gerak tarian etnik sabah. Murid-murid akan mempelajari suku kaum Kepulauan Borneo iaitu suku kaum Bajau yang berada di Semporna.

Profil Artis

Datu Sabri Bin Datu Alawiddin melibatkan diri dalam bidang kesenian dan kebudayaan sejak dibangku sekolah lagi. Beliau mendapat Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak pada tahun 2013 dan melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan Tari dengan kepujian dari UPSI pada tahun 2017. Beliau menyertai Festival Tari Makum 2012, Malam Citra Bayu 2011-2017, Festival Colours of the World 2015-2016, Festival Tari Aswara 2014, Juara Battle Igal Tradisi, Festival Igal Antarabangsa 2019 dan merupakan pemegang Malaysia Book Of Records sempena “The most number of traditional dance 2017”.


Kos Kursus

RM 4,400
Sing My Song (Songwriting With Children)/ Nyanyikan Laguku (Penciptaan Lagu Bersama Kanak-Kanak)

Deskripsi Kursus

Kursus ini akan memberi fokus kepada penerokaan penulisan lagu sebagai cara untuk para pelajar untuk meluahkan perasaan melalui permainan dan teknik penulisan lagu. Para pelajar juga berpeluang menggunakan imaginasi dan kemahiran huraian dalam proses penulisan lagu. Sikap bekerjasama juga akan dititikberatkan dalam aktiviti-aktiviti di dalam kursus ini.

Profil Artis

Phoebe Tsen adalah seorang penyanyi dan komposer dari Kota Kinabalu, Sabah. Beliau juga adalah seorang pereka bunyi yang bekerja rapat dengan Pitapat Theatre, Sabah. Phoebe turut menjadi sebahagian daripada kugiran muzik duo yang bernama Avery Fos sejak 2017. Antara karya-karya beliau termasuklah salah satu komposer bagi lagu “Angel” untuk penyanyi Hong Kong terkenal Sandy Lam dan EP kugiran Avery Fos. Persembahan-persembahan beliau termasuklah TEDxUMSKK 2018, Borneo Rhythms of Rimba 2018, North Borneo Rainforest Festival 2019. Selain itu, Phoebe turut menjadi calon bagi anugerah Drama ADA 2017 dan 2018 serta calon anugerah VIMA Global Awards 2018.

Kos kursus

RM 3,550
Copyright © 2023 Cultural Economy Development Agency (CENDANA) | Terms of Service
Ooops!
Generic Popup