Agensi Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menganjurkan Panggung Rakyat dari Ogos ke Disember 2019 yang menampilkan pelbagai persembahan kebudayaan Malaysia yang asli.
Panggung Rakyat berfungsi sebagai platform seni umum yang menggabungkan elemen-elemen moden dan tradisional dan akan diadakan pada setiap hari Sabtu minggu ketiga setiap bulan di Jalan Raja. Menawarkan pengalaman hiburan yang penuh dengan inspirasi dan mendalam di tengah-tengah Kuala Lumpur, Panggung Rakyat bertujuan untuk memupuk rasa kebersamaan melalui persembahan interaktif di mana penonton boleh mengambil bahagian dalam persembahan tersebut.
Aktiviti-aktiviti sokongan yang dirangka seperti ceramah, pameran dan bengkel yang berlansung disepanjang persembahan diharap dapat meningkatkan kesedaran di kalangan penonton terhadap seni dan budaya Malaysia. Demi menonjolkan bakat artis tempatan dan hasil kerja mereka, Panggung Rakyat berusaha untuk mempersembahkan persembahan tradisional yang asli dan dipersembahkan oleh adiguru-adiguru melalui kerjasama dengan Pusat Budaya PUSAKA, NUSANTARA Performing Arts Research Centre dan BaiZam Generation. DBKL akan menyokong dan memeriahkan lagi program ini dengan menampilkan bakat-bakat dari Artis Tari Budaya DBKL dan Kombo Budaya DBKL.