CENDANA's response to COVID-19


  • “Through this period of uncertainty, it is by escaping to the arts that we may find joy, whether it is dancing to a familiar tune, painting with our loved ones on what moves us or to rediscover talent with our favourite music instrument. So we do invite corporations, foundations and individual donors to step forward in supporting the arts and culture sector as we can’t do it alone. The hope is that every little bit of monetary or non-monetary support will see our artists, collectives and arts organisations’ artistry through these times. If the vibrancy of the nation is our collective responsibility, we will need to collaboratively work on stabilising the arts and culture sector,” says Izan Satrina, Founding CEO CENDANA.


    In light of the COVID-19 outbreak and the implementation of Movement Controlled Order (MCO), CENDANA has worked with performing arts, visual arts and independent music sector in establishing some baseline data to show the impact of COVID-19 to the arts and culture practitioners.

    Based on the data available and the various conversations CENDANA has had with the arts and culture practitioners, CENDANA has decided to review existing programmes and roll out new programmes amidst COVID-19, to support continued artistic practice and operations of Malaysian artists, collectives and arts organisations nationwide.

    Create Now Funding Programme

    Create Now Funding Programme aims to cultivate and support artistic development and presentation of ideas in imaginative ways despite physical limitation to resources via immediate response grants of up to RM 1,500 per individual artist/cultural worker and RM 3,500 per collective/arts organisation.

    Call for application open April 14, 2020 and is reviewed every two weeks on a rolling basis.






    Visual Arts Inspire Funding Programme

    Visual Arts Inspire Funding Programme encourages and supports visual artists with more than twelve (12) years of experience to enhance their capacity as practising artists by providing them an opportunity to participate in a creative exploration process and research excursion to assist in their artistic process, in any field of interest of their art practice, within Malaysia or Southeast Asia for a duration of up to two (2) months. Applications by women visual artists are highly encouraged and priority is given to research conducted within Malaysia.

    More information and call for applications will be available on April 28, 2020.

    Visual Arts Showcase Funding Programme

    Visual Arts Showcase Funding Programme encourages and supports the contemporary expression of visual art through independent, alternative and experimental art venues, artist-run spaces and underserved neighbourhood culture activators as well as independent art curators and organisers that are actively engaged in the Malaysian visual arts sector outside the traditional commercial gallery and museum framework.

    More information and call for applications will be available on April 28, 2020.



    Independent Music Funding Programme

    Independent Music Funding Programme supports the creation and adaptation of Malaysian independent music content. The Programme’s aim is to expand the range of high-quality works for audiences in Malaysia and to encourage local practitioners to push the boundaries of their music.

    More information and call for applications will be available on May 12, 2020.



    Mobility Funding
    Programme

    Mobility Funding Programme aims to support small to mid-scale touring work focusing on participation at platforms that improves access to high-quality Malaysian art in Malaysia or abroad. Priority is given to tours and efforts conducted within Malaysia.

    Call for applications open May 12, 2020.





    Capacity Building Funding Programme

    Capacity Building Funding Programme primarily supports artists and cultural workers to attend professional development and public outreach programmes in Malaysia only (such as forum, workshops, conferences, exchanges etc.); in addition to organise workshops, masterclasses, forums, exchanges and many other professional development and public outreach programmes with a focus in arts and culture, to be conducted in Malaysia only.

    Call for applications open May 12, 2020.


    In addition to CENDANA,  the Government of Malaysia and other bodies are also offering support during this period, for individuals and organisations.

    Prihatin Package
    The PRIHATIN Economic Stimulus Package (ESP) was unveiled by the Prime Minister in stages from March to April 2020 to support Malaysian individuals, families and organisations.
    Food Aid Support
    Apart from that, CENDANA is currently working on identifying artists and cultural workers in need of food assistance. For the time being, focus will be given to those residing in Klang Valley, with a household income of RM 4,000 and below. Artists and cultural workers who fit this definition are encouraged to fill a form by clicking the button below. The submitted forms will be reviewed accordingly. Various private partners will be working on distributing food aid to those in need.
    MyCreative Ventures
    MyCreative is collaborating with 20 book publishers with RM20,000 in book sales support to help the publishing industry and encourage reading at home during the Movement Control Order (MCO).

    RM30,000 worth of sales support for fashion retailers will also be distributed via the ‘RIUH Raya Rumah’ campaign.
    RIUH
    RIUH has kickstarted ‘RIUH in your Homes’ featuring ‘Personality Takeovers’, live gigs where artists are paid to perform and ‘RIUH Talks’ via social media to support the creative community.

    RIUH’s very first online edition, ‘RIUH Raya Rumah’ which will feature 80 curated brands will be assisting fashion retailers with RM30,000 worth of sales support powered by MyCreative to encourage sales for fashion retailers.
    Mari Berkarya Online
    As these unprecedented times require us to work in unprecedented ways, we have prepared some webisodes entitled ACE WORKSHOP MARI BERKARYA Online as a way to support you digitally.


    Should you have any queries or require more clarification, please do check out our FAQs or contact us on info@cendana.com.my



  • “Dalam menempuhi keadaan yang tidak menentu ini, melalui seni kita mampu untuk mencari kegembiraan, sama ada dengan menari mengikut rentak musik yang digemari, menghasilkan lukisan bersama orang tersayang mahupun dengan menyerlahkan bakat terpendam melalui dendangan instrumen musik kegemaran. Justeru, kami mengalu-alukan pihak korporat, yayasan-yayasan dan penderma individu untuk tampil ke hadapan dalam menyokong sektor seni dan budaya ini kerana kami tidak mampu bertindak secara sendirian. Kami berharap setiap sokongan dari segi kewangan atau bukan kewangan akan dapat membantu para artis, kolektif dan organisasi seni menghadapi waktu getir ini. Sekiranya kekukuhan negara adalah satu tanggungjawab kolektif, maka kita perlulah bekerjasama dalam menstabilkan sektor seni dan budaya,”kata Izan Satrina, Ketua Pegawai Eksekutif CENDANA.


    Berikutan dengan penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), CENDANA telah bekerjasama dengan sektor seni persembahanan, seni visual dan sektor muzik independent dalam mewujudkan data-data asas bagi menunjukkan kesan COVID-19 terhadap para penggiat seni budaya.

    Berdasarkan data yang ada dan hasil daripada pelbagai interaksi di antara CENDANA dengan penggiat-penggiat seni budaya, CENDANA telah membuat keputusan untuk mengkaji semula program yang sedia ada dan memperkenalkan program baharu bagi menghadapi krisis COVID-19 ini untuk memberikan sokongan berterusan kepada kegiatan seni dan operasi artis, kolektif dan organisasi seni di seluruh negara.

    Program Pembiayaan Karya Kilat

    Program Pembiayaan Karya Kilat bertujuan untuk memupuk dan menyokong pembangunan artistik dan pembentangan idea-idea melalui cara-cara yang imaginatif walaupun berdepan dengan kekangan fizikal terhadap sumber melalui geran tindak balas segera sehingga RM 1,500 bagi setiap artis / individu seni budaya dan RM 3,500 bagi setiap kolektif / organisasi seni.

    Panggilan untuk permohonan dibuka pada April 14, 2020 dan dinilai pada setiap dua minggu secara berterusan.





    Program Pembiayaan Inspirasi Seni Visual

    Program Pembiayaan Inspirasi Seni Visual menggalakkan dan menyokong penggiat seni visual lebih daripada dua belas (12) tahun pengalaman untuk meningkatkan keupayaan mereka sebagai penggiat seni aktif dengan memberikan mereka peluang untuk mengambil bahagian dalam proses penerokaan kreatif dan lawatan penyelidikan untuk membantu dalam proses artistik mereka yang berkaitan dalam mana-mana bidang seni pilihan mereka, di Malaysia atau Asia Tenggara bagi satu tempoh sehingga dua (2) bulan. Permohonan oleh penggiat-penggiat seni visual wanita adalah sangat digalakkan dan keutamaan akan diberi kepada penyelidikan yang dijalankan di Malaysia.

    Maklumat lanjut dan permohonan akan dibuka pada April 28, 2020.

    Program Pembiayaan Persembahan Seni Visual

    Program Pembiayaan Persembahan Seni Visual menggalakkan dan menyokong ekspresi kontemporari seni visual di tempat-tempat seni bebas, alternatif dan eksperimental, ruangan persendirian yang dikendalikan oleh artis dan penggiat seni budaya di kawasan kejiranan yang kurang mendapat perhatian bagi kurator seni bebas dan penganjur bebas yang terlibat secara aktif dalam sektor seni visual di Malaysia yang bergiat di luar rangka kerja muzium dan galeri komersial tradisional.

    Maklumat lanjut dan permohonan akan dibuka pada April 28, 2020.




    Program Pembiayaan Musik Independen

    Program Pembiayaan Musik Independen menyokong pembangunan dan penciptaan karya baharu musik independen tempatan. Matlamat program ini adalah untuk memperluaskan kepelbagaian karya yang berkualiti tinggi untuk penonton di Malaysia dan menggalakkan pengamal tempatan untuk meluaskan sempadan muzik mereka.

    Maklumat lanjut dan permohonan akan dibuka pada Mei 12, 2020.




    Program Pembiayaan Mobiliti

    Program Pembiayaan Mobiliti bertujuan untuk menyokong kumpulan kecil dan sederhana yang bertumpu kepada penyertaan melalui platform yang meningkatkan akses kepada hasil seni tempatan yang berkualiti tinggi sama ada di Malaysia atau di luar negara. Keutamaan diberikan kepada kembara dan usaha yang dilakukan di dalam Malaysia.

    Permohonan dibuka pada Mei 12, 2020.





    Program Pembiayaan Pembangunan Kapasiti

    Program Pembiayaan Pembangunan Kapasiti bertujuan menyokong para artis dan pekerja seni budaya untuk menghadiri program pembangunan profesional dan program jangkauan awam yang dianjurkan di Malaysia sahaja (seperti forum, bengkel, persidangan, program pertukaran dll.); selain menganjurkan bengkel, kelas-kelas master, forum, pertukaran dan banyak lagi program pembangunan profesional dan program jangkauan orang awam yang bertumpu kepada seni budaya, dan yang hanya akan dijalankan di Malaysia sahaja.

    Permohonan akan dibuka pada Mei 12, 2020.


    Selain CENDANA, Kerajaan Malaysia dan badan-badan lain juga turut menawarkan sokongan dan bantuan dalam tempoh ini, untuk organisasi dan individu.

    Pakej Prihatin
    Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri secara berperingkat dari bulan Mac hingga April 2020 untuk menyokong individu, keluarga dan organisasi Malaysia.
    Bantuan Makanan
    Selain itu, CENDANA kini sedang berusaha mengenal pasti artis dan pekerja seni budaya yang memerlukan bantuan makanan. Pada masa ini, tumpuan hanya akan diberikan kepada mereka yang menetap di Lembah Klang, dengan pendapatan isi rumah RM 4,000 dan ke bawah.

    Artis dan pekerja seni budaya yang menepati definisi ini adalah digalakkan untuk mengisi borang dengan mengklik butang di bawah. Borang yang dihantar akan dinilai dengan sewajarnya. Pelbagai rakan kongsi swasta akan berusaha dalam mengedarkan bantuan makanan kepada mereka yang memerlukan.

    MyCreative Ventures
    MyCreative bekerjasama dengan 20 penerbit buku dengan memberi penajaan kupon diskaun pembelian buku di atas talian sebanyak RM20,000 untuk membantu industri penerbitan dan menggalakkan amalan membaca di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

    Sebanyak RM30,000 (dalam bentuk penajaan kupon diskaun pembelian) juga diperuntukkan untuk usahawan fesyen yang menyertai kempen 'RIUH Raya Rumah'.
    RIUH
    RIUH telah melancarkan kempen 'RIUH in your Homes' dengan mengongsikan kandungan oleh pesonaliti tempatan dan persembahan ‘live’ di mana artis-artis baru dijemput untuk menghiburkan peminat-peminat di rumah melalui Instagram. Persembahan ringkas oleh artis tersebut akan mendapat pembayaran dari RIUH.

    Manakala melalui konsep 'RIUH Talks', ikon-ikon berkaitan akan dijemput untuk berkongsi pengalaman perniagaan di atas talian melalui ‘webminar’ bersama netizen. Edisi atas talian pertama, 'RIUH Raya Rumah' akan menampilkan 80 jenama terpilih serta membantu peruncit fesyen dengan penajaan kupon diskaun pembelian bernilai RM30,000 yang dibolehkan melalui MyCreative untuk menggalakkan jualan peruncit fesyen.
    Mari Berkarya Online
    Waktu getir ini memerlukan kami untuk bekerja dengan cara yang belum digunakan sebelum ini. Justeru, kami telah menyiapkan beberapa video bersiri bertajuk ACE WORKSHOP MARI BERKARYA Online sebagai cara untuk menyokong anda secara digital.


    Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila semak ruangan FAQ kami atau hubungiinfo@cendana.com.my


Copyright © 2020 Cultural Economy Development Agency (CENDANA) | Terms of Service 
Ooops!
Generic Popup