- Menghargai individu atau kumpulan atas kepakaran (amalan-amalan dan ungkapan-ungkapan yang diperturunkan dari generasi ke generasi, serta pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan yang dianggap oleh masyarakat tempatan sebagai sebahagian daripada bentuk-bentuk kesenian tradisional mereka) dan pencapaian seumur hidup dalam memupuk kecemerlangan, daya tahan dan perkembangan kesenian tradisional Malaysia dalam masyarakat mereka;
- Memperkuat usaha-usaha para adiguru kesenian tradisional dalam memastikan kelestarian amalan seni mereka dalam masyarakat;
- Menyokong para adiguru kesenian tradisional dalam mengajar seni mereka kepada golongan muda setempat;
- Membolehkan para adiguru untuk menyelenggara/ menambahbaik infrastruktur (contoh: panggung awam) atau menambahbaik kelengkapan lain (contoh: persalinan, alat muzik) bagi kesenian tradisional dalam masyarakat setempat;
- Membantu dalam meningkatkan penonjolan diri para adiguru kesenian tradisional bagi menggalakkan lagi penghargaan dan pemahaman;
- Memudahkan jalinan dan perkongsian antara para adiguru, masyarakat mereka, dan pembangunan koridor ekonomi wilayah, mempromosikan bentuk-bentuk kesenian mereka kepada masyarakat yang lebih luas dan menyumbang kepada kelestarian dan daya maju amalan kesenian mereka.
Applications Open
Applications Open