APAKAH ITU PROGRAM PEMBIAYAAN PEMBANGUNAN KAPASITI CENDANA
Para artis seni persembahan, seniman visual dan pemuzik indie dari Malaysia digalakkan untuk membuat permohonan bagi Program Pembiayaan Pembangunan Kapasiti yang menggalakkan dan menyokong pembangunan professional bagi mereka yang aktif dalam sektor seni budaya di Malaysia.
Menyediakan bantuan pembiayaan kepada artis dan pekerja seni budaya di Malaysia adalah sebahagian daripada tonggak utama CENDANA ‘Memperkasakan Komuniti'.
NILAI GERAN
Program Pembiayaan Pembangunan Kapasiti menyokong perbelanjaan terus untuk anda menyertai atau menganjurkan program latihan dan kemahiran professional (sehingga jumlah sebanyak RM15,000) setiap permohonan setiap tahun kalendar kepada pemohon yang berjaya yang terlibat secara aktif dalam sektor seni budaya di Malaysia dengan rekod prestasi minima tiga (3) tahun.
SOKONGAN CENDANA
Program Pembiayaan Pembangunan Kapasiti secara khususnya menyokong:
- Artis dan pekerja seni budaya untuk menghadiri program latihan dan kemahiran professional di Malaysia sahaja (seperti forum, bengkel, persidangan, pertukaran dialog dan sebagainya);
- Menganjurkan bengkel tempatan, kelas profesional, forum, program pertukaran dialog dan banyak lagi program pembangunan profesional yang fokus dalam seni budaya, yang bakal dilaksanakan di Malaysia sahaja.
Sekiranya anda berminat untuk menghadiri program pembangunan profesional di luar Malaysia, anda digalakkan untuk membuat permohonan melalui Program Pembiayaan Mobiliti CENDANA.
Sokongan pembiayaan dilakukan melalui proses penilaian yang amat kompetitif oleh Panel Penasihat Industri dan Pihak Pengurusan tertakluk kepada kriteria-kriteria yang tertera, kertas kerja dan kekukuhan dokumen sokongan yang relevan.