Nota: Oleh kerana tarikh Pangilan Permohonan Pembiayaan Fasa 2 dibuka pada diantara Hari Raya Aidilfitri, panggilan akan dibuka selama sembilan (9) minggu berbanding tempoh biasa iaitu selama enam (6) minggu sahaja. Para artis seni persembahan, seniman visual dan ahli muzik independen dari Malaysia digalakkan untuk membuat permohonan bagi Program Pembiayaan Pembangunan Kapasiti yang menyokong pembangunan professional dan kurasi bengkel seni untuk masyarakat bagi/oleh mereka yang aktif dalam sektor seni budaya di Malaysia.
Program pembiayaan ini menyediakan bantuan pembiayaan kepada artis dan pekerja seni budaya di Malaysia yang merupakan sebahagian daripada tonggak utama CENDANA ‘Memperkasakan Komuniti'.
NILAI GERANProgram Pembiayaan Pembangunan Kapasiti menyokong perbelanjaan langsung untuk anda menyertai atau menganjurkan program pembangunan profesional dan kemahiran, serta bengkel seni untuk masyarakat. Jumlah sehingga RM15,000 ditawarkan bagi setiap permohonan bagi setiap tahun bagi mereka yang berjaya dan yang mempunyai latar belakang aktif dalam sektor seni budaya di Malaysia dengan rekod prestasi minima tiga (3) tahun.
SOKONGAN CENDANAProgram Pembiayaan Pembangunan Kapasiti secara khususnya menyokong:
- Artis dan pekerja seni budaya untuk menghadiri program pembangunan professional dan khidmat masyarakat di Malaysia sahaja (seperti forum, bengkel, persidangan, pertukaran dialog dan sebagainya);
- Penganjuran bengkel, kelas profesional, forum, program pertukaran dialog dan sebagainya seperti program pembangunan profesional dan program khidmat masyarakat yang fokus dalam seni budaya, yang bakal dilaksanakan di Malaysia sahaja.
- Program Pembiyaan CENDANA ini diperkenalkan untuk menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk geran bersyarat kepada individu, syarikat diperbadankan dan didaftarkan, persatuan atau pertubuhan di Malaysia.
Program Pembiyaan CENDANA ini diperkenalkan untuk menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk geran bersyarat kepada individu, syarikat diperbadankan dan didaftarkan, persatuan atau pertubuhan di Malaysia.
Sokongan pembiayaan dilakukan melalui proses penilaian yang amat kompetitif oleh Panel Penasihat Industri dan Pihak Pengurusan yang tertakluk kepada kriteria-kriteria yang tertera, dan kekukuhan kertas kerja and dokumen yang berkaitan dikemukakan semasa permohonan
Sekiranya anda berminat untuk menghadiri program pembangunan profesional di luar Malaysia selepas Perintah Kawalan Pergerkan dan setelah sekatan perjalanan dan lain-lagi oleh kerajaan tempatan atau antarabangsa diangkat, anda digalakkan untuk membuat permohonan melalui Program Pembiyaan Mobilti CENDANA.
Jika terdapat sebarang pertanyaan sila emel kepada
info@cendana.com.my untuk keterangan lebih lanjut jika projek anda layak dibiayai di bawah skim ini.