Program Pembiayaan Seni Persembahan CENDANA bertujuan untuk menyokong pembangunan sektor seni persembahan melalui penciptaan karya, pembangunan amalan seni, membina jaringan, penganjuran projek seni persembahan, inisiatif peningkatan kemahiran, mobiliti serta usaha mempromosikan karya-karya persembahan hasil seniman Malaysia.
Program Pembiayaan Seni Persembahan CENDANA memberikan sokongan kepada
individu, kolektif dan organisasi seni di Malaysia untuk penganjuran program-program artistik ataupun perkhidmatan kepakaran kepada sektor seni. Program ini menyediakan pembiayaan sehingga
RM30,000 setiap permohonan untuk penganjuran serta pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang mungkin merangkumi salah satu atau mana-mana kriteria yang disenaraikan di bawah bermula dari tempoh bulan
Januari 2021 dan seterusnya
Program ini bertujuan untuk mempromosi naratif dan kreativiti Malaysia, menggalakkan dialog yang memupuk nilai hormat-menghormati terhadap perbezaan nilai dan pegangan seseorang individu mahupun kumpulan, memperkaya nilai kemanusian dengan meluaskan fahaman terhadap diri kita sebagai individu dan sebagai sebahagian daripada masyarakat.
Untuk mencapai tujuan Program ini, ianya akan menyokong:
- Penyelidikan, pengembangan dan penciptaan karya (dengan tujuan ataupun perancangan yang akan dijadikan pameran atau persembahan digital);
- Produksi dan persembahan di Malaysia atau produksi Malaysia ke luar negara (pertunjukan, produksi, konsert dan persembahan dalam ruang <500 orang atau di ruang awam);
- Program jangkauan seni (usaha kolaborasi antara sektor yang menyokong dan melengkapkan sektor seni seperti bengkel terapi seni, program untuk pelbagai demografi dan banyak lagi);
- Pengembangan kemahiran dan profesional (menghadiri dan/ atau menganjurkan bengkel, program residensi, latihan, persidangan, forum industri serta acara rangkaian dan banyak lagi).
Sila hantarkan pertanyaan anda kepada grants@cendana.com.my untuk mengetahui sama ada program anda dapat disokong di bawah program ini.