Para artis seni persembahan, seniman visual dan pemuzik indie dari Sabah dan Sarawak digalakkan memohon kepada ACE Bootcamp CENDANA yang bertujuan untuk menyokong dan mengalakkan cita-cita artis dan pekerja seni budaya menerusi kandungan bersesuaian yang akan dipimpin oleh pasukan pakar tempatan dan antarabangsa dalam setiap bidang.
ACE Bootcamp ini menyediakan ruang, sumber, masa dan kepakaran yang diharapkan dapat menyokong cita-cita artis dan pekerja seni budaya dalam mengembangkan idea mereka kepada projek atau memaparkan projek ke platform yang lebih luas. ACE Bootcamp ini adalah khas untuk artis dan pekerja seni budaya dari sektor strategik CENDANA iaitu Seni Persembahan, Seni Visual dan Muzik Indie.
ACE Bootcamp akan dilaksanakan dalam bentuk pembelajaran, bengkel (sesi secara langsung), pembentangan dan maklum balas dari mentor sepanjang sesi aktiviti berkumpulan, dan akan menumpukan topik-topik berikut:
- Seni Artistik
- Membina bahan pemasaran
- Melindungi hasil karya
- Mengurus dengan sumber terhad
- Berusaha mendapatkan dana dari dalam dan luar negara
- Bagaimana untuk membentuk rangkaian dan menguruskan pihak-pihak penting
- Membina laporan yang efektif kepada pihak penaja.
DI MANAKAH ACE BOOTCAMP AKAN DIADAKAN?
Tarikh: 8 - 12 Julai 2019 (Isnin-Jumaat)
Masa: 9 pagi – 5 petang (setiap hari)
Tempat: Tingkat Bawah, Perbadanan Multimedia Sarawak (SMA), Bangunan Yayasan Sarawak, Jalan Masjid, 93000 Kuching.
APAKAH SOKONGAN YANG DIBERIKAN OLEH CENDANA?CENDANA memberikan sokongan yang berikut;
- Kos tenaga pengajar dan kursus untuk lima (5) hari
- Penginapan berkongsi (berkembar) akan disediakan untuk peserta dari luar Kuching sahaja
- Sarapan dan makan tengah hari akan disediakan dalam tempoh masa kursus lima (5) hari
Sila rujuk kepada Terma Rujukan untuk maklumat lanjut mengenai kelayakan dan cara memohon.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi info@cendana.com.my.
*CENDANA berhak untuk menukar mana-mana terma dan syarat pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu