Time | Focus | Description |
---|---|---|
10:15am | Hi. Nama saya… | Sesi suai kenal untuk mengenali peserta bengkel dan penggiat industri. |
10:30am | Gambaran Keseluruhan Perniagaan Muzik di Malaysia | Industri muzik sentiasa berada dalam evolusi yang berterusan. Sentiasa perlu memahami bagaimana untuk meyokong semangat cinta muzik anda ke dalam perniagaan yang berdaya maju adalah mencabar, terutamanya apabila anda tidak tahu di mana untuk bermula. Sesi ini akan memberikan gambaran keseluruhan industri muzik di Malaysia. Kenali pihak mana yang bertanggungjawab untuk apa dan bagaimana untuk melakukan sesuatu, apakah kelebihan dan kelemahan mereka dan beberapa pandangan utama tentang cara mendekatinya dengan cara yang berkesan. |
11:30am | Anda memerlukan lebih daripada satu lagu hit! (Pemasaran dan Promosi) | Artis dan pengurus kini mempunyai lebih banyak cara dan platform yang boleh digunakan berbanding sebelum ini. Sesiapa sahaja boleh menggunakan media sosial untuk melibatkan khalayak yang ramai. Walau bagaimanapun, ia adalah lebih sukar untuk mendapatkan perhatian dari khalayak sasaran anda. Ketahui petua dan cara bagaimana untuk melaksanakan strategi pemasaran dan promosi dengan berkesan agar lebih banyak orang akan mengenali anda dan muzik anda. |
13:00pm | Makan Tengahari | |
14:00pm | Membuat persembahan tempatan dan antarabangsa | Realitinya, kebanyakan punca pendapatan kini adalah dalam persembahan langsung. Walaupun ia mungkin mudah untuk menganjurkan acara di bandar kediaman anda, membina golongan peminat yang setia bermakna anda perlu membuat persembahan secara berkala dan berkesan. Buat masa ini tiada panduan dalam industri untuk mencapai matlamat ini, baik di dalam ataupun di luar negara, jadi mari belajar seberapa banyak yang anda boleh dari pengurus persembahan yang terkenal di Malaysia. |
16:30pm | Hari pertama berakhir |
Time | Focus | Description |
---|---|---|
10:30am | Adakah mungkin untuk menyara hidup dalam industri muzik Malaysia? | Ya, boleh! Tetapi anda tidak mampu untuk terus berkecimpung ke dalam industri ini tanpa perancangan. Industri muzik adalah sebuah perniagaan. Ianya penting untuk anda mengetahui bidang mana yang bersesuaian dengan anda, dan bagaimana untuk membina perniagaan yang kekal semasa mengejar impian anda. Ketahui cara merangka pelan perniagaan yang berfungsi dan bersesuaian untuk anda, dan bagaimana untuk melaksanakannya dalam jangka masa panjang. |
13:00pm | Makan Tengahari | |
14:00pm | Ya, itu benar! (Kenali artis yang telah berjaya) | Anda juga boleh berjaya, sekiranya anda mempunyai peluang untuk mendengar bagaimana orang lain memulakan perjalanan mereka dalam industri muzik dan bagaimana mereka berjaya menjadi terkenal dalam bidang ini. Sertai sesi ini yang jarang dikendalikan untuk mengenali bagaimana artis-artis ini memulakan perjalanan mereka, bagaimana mereka sampai ke tahap ini dan apa yang mereka fikir potensi untuk industri ini di masa depan. |
16:00pm | End of Day 2 | Sesi suai kenal penggiat industry muzik, pengarah festival, penerbit dan peluang untuk menghayati muzik Malaysia yang baik. |