#BASKL PROGRAM LAWATAN SENI SAMBIL BELAJAR

PANGGILAN PERMOHONAN UNTUK PROGRAM PENDIDIKAN SENI CENDANA: #BASKL LAWATAN SENI SAMBIL BELAJAR 2020

Program #BASKL Lawatan Seni Sambil Belajar, “Arts Excursion” (AEX) adalah inisiatif CENDANA dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha mewujudkan pengalaman positif yang pertama untuk para pelajar sekolah rendah mengenai seni budaya Malaysia.

Program ini adalah lanjutan daripada inisiatif kesedaran CENDANA mengenai Kuala Lumpur sebagai bandaraya seni budaya dan kreatif: Bandar Aktiviti Seni KL.

Melalui AEX, para pelajar akan memperolehi pengalaman pembelajaran melalui pendedahan langsung kepada persembahan secara langsung dan/ atau pameran seni visual di tempat kesenian profesional. Ini seterusnya akan menggalakkan pertumbuhan potensi para pelajar serta memperdalamkan pemahaman mereka terhadap seni budaya Malaysia yang merupakan tunggak strategik CENDANA, “Memperkasakan Seni” dan blok seni "Pendidikan Budaya dan Kreatif: Mewujudkan Tenaga Kerja Kreatif".

Program ini menyasarkan pelajar-pelajar sekolah rendah dari darjah tiga (3) ke darjah enam (6) sahaja iaitu sembilan (9) tahun hingga dua belas (12) tahun di sekolah-sekolah rendah awam (Sekolah rendah sub-bandar, luar bandar dan B40 akan diberi keutamaan), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, sekolah pendidikan khas dan sekolah integrasi pendidikan khas dan Sekolah Orang Asli.

Sebagai permulaan, program ini akan dilaksanakan di Lembah Klang sahaja.

Lawatan harus dilakukan dalam jarak lima puluh kilometer (50km) radius dari sekolah. Aktiviti seni budaya ini sebaik-baiknya melibatkan yang berikut:
  • Lawatan ke Galeri Seni, Muzium atau menghadiri persembahan secara langsung samada di teater atau persembahan muzik. Aktiviti program lawatan mungkin berbeza berdasarkan lokasi sekolah dan tertakluk kepada ketersediaan persembahan.

CENDANA akan membiayai kos berikut untuk program ini;
  • Kos pengangkutan melalui bas sekolah dalam jarak 50KM dari sekolah.
  • Makanan dan minuman untuk maksimum seratus lapan (108) orang pelajar dan dua belas (12) orang guru pengiring.
  • Insuran untuk maksimum seratus lapan (108) orang pelajar dan dua belas (12) orang guru pengiring.

Sekolah hanya boleh memilih tempat untuk lawatan dan persembahan secara langsung dari senarai yang diluluskan oleh CENDANA yang boleh di dapati di bawah halaman ini.

AEX adalah kerjasama antara CENDANA dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Penghargaan kepada Majlis Seni Negara Singapura (NAC).

Sila rujuk kepada Terma Rujukan untuk maklumat lanjut mengenai kelayakan dan cara memohon.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi artedu.cendana@gmail.com

*CENDANA mempunyai hak untuk menukar apa-apa terma dan syarat pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

Permohonan Dibuka
Tarikh Akhir
Notis kepada Sekolah
Jadual Lawatan
Panggilan untuk permohonan
4 Februari 2019
13 March 2020
6 April 2020
Mulai bulan Mei 2020
Copyright © 2020 Cultural Economy Development Agency (CENDANA) | Terms of Service 
Ooops!
Generic Popup