SHIFT // A Contemporary Visual Art Exhibition 

SHIFT Contemporary Visual Art Exhibition, is an ancillary initiative under CENDANA's Art In The City platform. Working alongside independent curators, SHIFT intends to provide local independent visual artists, art collectives and art associations with a prospective platform to reach out to wider audiences of art lovers through a more contemporary curation of art works. SHIFT 2019 explores on the theme of change; focusing on identity, technology and popular culture.

SHIFT aims to provide a sustainable platform for independent artists to initiate and explore expanded artistic practises from text-based practices to painting, printing, photography, sculpture, installation, performance, sound art and new media; capturing a current time and place, our thoughts and sentiments through artistic representation.

Within the theme, all art forms will be considered, and participatory projects that involve local communities are also welcomed. Artists may propose both new and existing work/projects which are realised in Malaysia.

Final progress will be presented in a two (2) week long art exhibition format from 1st to 10th August 2019 at Publika’s White Box and Black Box. The exhibition will be open to the general public, corporates and galleries.

Refer to the Terms of Reference below for more information. 

For further enquiries, please contact info@cendana.com.my.

* CENDANA reserves the right to change any terms and conditions at any time without prior notice.

Pameran Seni Visual Kontemporari SHIFT, merupakan inisiatif sokongan di bawah platform Art In The City oleh CENDANA. Dengan kerjasama kurator-kurator bebas, SHIFT berhasrat untuk menyediakan para artis seni visual tempatan, pengumpul seni dan persatuan-persatuan seni satu platform yang bakal meningkatkan bilangan para pencinta seni tanahair, menerusi kurasi karya seni yang lebih kontemporari. SHIFT meneroka lebih mendalam akan tema perubahan; memberi tumpuan kepada identiti, teknologi serta budaya popular.

SHIFT bertujuan untuk menyediakan satu platform yang mampan buat para artis bergerak bebas untuk memulakan dan meneroka amalan artistik yang diperluaskan dari seni yang berasaskan teks kepada lukisan, cetakan, fotografi, arca seni, pemasangan, persembahan, seni bunyi dan media baharu; mengetengahkan masa dan tempat semasa, pemikiran kita dan sentimen melalui penonjolan artistik.

Dalam tema ini, segala bentuk kesenian akan dipertimbangkan, dan semua projek yang mempunyai penglibatan komuniti tempatan amat dialu-alukan. Para artis boleh mencadangkan projek/kerja baharu dan sedia ada yang akan dihasilkan di Malaysia.

Perkembangan terakhir karya-karya akan dipersembahkan di satu pameran seni selama dua (2) minggu dari 1hb hingga 10hb Ogos 2019 di White Box dan Black Box, Publika. Pameran akan dipromosikan kepada orang awam, syarikat korporat dan galeri-galeri lain.

Sila rujuk Terma Rujukan di bawah untuk maklumat lebih lanjut.

Untuk sebarang keterangan lanjut, sila hubungi info@cendana.com.my.

* CENDANA berhak untuk mengubah sebarang terma dan syarat pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.


Call for Applications / Panggilan Permohonan
Application Submission Deadline / Tarikh Akhir Penyerahan Permohonan
Evaluation and Approvals / Penilaian dan Pengesahan
Notifications to Applicants / Makluman Kepada Pemohon
3rd April – 14th May 2019
11:59pm, 14th May 2019
15th May to 31st May 2019
3rd June 2019
Copyright © 2019 Cultural Economy Development Agency (CENDANA) | Terms of Service 
Ooops!
Generic Popup